Kekuatan Influencer dua ratu TikTok bersatu dalam 'CACACA'



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 09 DISEMBER 2024- Dua penyanyi terkenal Malaysia, Nabila Razali dan Bella Astillah, melancarkan kolaborasi muzik pertama mereka dengan single berjudul CACACA. Lagu pop ceria ini mengangkat tema keyakinan diri dan kebebasan bersuara, dengan irama menarik dan lirik mudah diingati.

Lagu yang diterbitkan Universal Music Malaysia ini menggambarkan perjuangan mencapai impian melalui usaha keras dan kesabaran. Nabila dan Bella berkongsi pengalaman perakaman yang menyeronokkan, dengan Bella mengakui proses rakaman yang tidak dijangka namun menarik.

"Nasib baiklah ketika itu, kami memang sudah bersedia dari segi melodi dan lain-lain. Walaupun baharu dengar beberapa kali, pengalaman bekerja dengan Nabila dan lagu ini sesuatu yang menarik. “Bagi saya, Nabila seorang yang sangat bekerja keras dan sangatlah menitikberatkan soal kualiti dalam kerja. Biarpun kita tahu ketika ini dia sedang sarat mengandung, semangat tetap hebatg. Jadi, perkara sebegini sangat membantu. Begitu juga dengan saya. Kiranya, kami sentiasa inginkan yang terbaik,” kata Bella.


Nabila menekankan komitmennya untuk memberi yang terbaik dalam projek ini, manakala Bella memuji semangat Nabila yang tinggi walaupun sedang mengandung. Mereka yakin lagu CACACA akan menghiburkan peminat dan menampilkan keserasian unik antara kedua-dua penyanyi.

“Jika dalam masa akan datang terdapat peluang untuk melakukan kolaborasi lain, saya pasti akan berkongsi berita baik itu kepada semua, kerana keterbukaan dan interaksi dengan peminat sangat saya hargai,” kata Nabila.


Single ini kini tersedia di platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music, disertai video muzik rasmi yang mempunyai konsep visual berwarna-warni dan koreografi bertenaga.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan