Konsert Gamon Music Fantasia Bakal Menggemparkan Pulau Pinang



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 11 DISEMBER 2024- Pentas healing anjuran Gamon Solution akan menjadi acara yang dinantikan para penggemar muzik tanah air. Setelah membina jenama dan komuniti yang kuat, Gamon Society kini bersiap-siap untuk menganjurkan konsert spektakuler bertajuk Gamon Music Fantasia pada 25 Januari 2024 di Setia Spice Arena, Pulau Pinang.

Konsert yang bakal mengetengahkan lima band tersohor ini akan mempertemukan penggiat muzik tempatan dan Indonesia, termasuk Hujan, Bunkface, Ruffedge, serta dua band Indonesia iaitu d'Masiv dan Kangen Band. Kesemua band ini mempunyai katalog lagu popular yang sudah lama dekat di hati peminat.

Pengurus Projek, Syafiq Danish, mendedahkan bahawa konsert ini merupakan kelanjutan daripada Pentas HEALING sebelum ini yang telah diadakan di tujuh lokasi dan mendapat sambutan hangat. Idea penganjuran Gamon Music Fantasia turut dicetuskan daripada permintaan peminat untuk mengadakan konsert yang lebih besar dan meriah.

Menariknya, tiket konsert ini telah mencapai jualan 2,000 keping walaupun publisiti belum dijalankan secara meluas. Pemilihan artis adalah berdasarkan faktor populariti, sokongan peminat, dan kualiti muzik. Syafiq turut menegaskan bahawa konsert kali ini bakal menjadi 'dream comes true' untuk para peminat yang mereka gelar sebagai Gamongers.

Setia Spice Arena dipilih sebagai lokasi utama kerana keupayaannya memuatkan kapasiti peminat yang ramai. Konsert selama tiga jam ini dijangka bakal menarik perhatian peminat dari Pulau Pinang, Perlis, Kedah, dan Utara Perak.

Azan Addin dari kumpulan Ruffedge turut mengungkapkan keterujaan mereka dapat kembali beraksi di Utara, khususnya Pulau Pinang selepas sekian lama. Beliau turut mendoakan agar konsert berjalan lancar.

Peminat berpeluang menyaksikan konsert ini dengan pelbagai pilihan harga tiket bermula dari RM90 hingga RM410, dengan kategori Bronze, General Admission, Silver, Rockzone, Platinum, Gold, dan VIP. Gamon Music Fantasia kali ini dijangka bakal menjadi konsert yang tidak akan dilupakan oleh para pencinta muzik tanah air.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan