Konsert Hitam Manis: Kolaborasi Spektakuler Dato Hattan, Hazam dan Black

Konsert Hitam Manis: Kolaborasi Unik Tiga Penyanyi Solo di KLCC


Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 07 DISEMBER 2024- Dato Hattan, Hazama, dan Black akan menggegarkan pentas Plenary Hall, KLCC pada 8 Februari 2025 dengan konsert istimewa bertajuk "Hitam Manis". Konsert ini merupakan sebuah kolaborasi yang unik, menggabungkan tiga penyanyi lelaki solo dengan latar belakang muzik yang berbeza.

Menurut Dato Hattan, konsep konsert ini lahir daripada hubungan chemistry yang kuat antara mereka bertiga. Masing-masing mempunyai genre muzik tersendiri - Dato Hattan lebih condong kepada rock and blues, Hazama berjenis pop rock, manakala Black lebih selesa dengan lagu balada. Mereka yakin gabungan ini akan menghasilkan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelumnya di pentas muzik tempatan.


Konsert selama dua jam ini akan menampilkan pelbagai lagu hit, termasuk lagu-lagu popular masing-masing artis serta beberapa lagu yang tidak pernah mereka nyanyikan sebelum ini. Dato Hattan turut merancang persembahan khas untuk menghormati rakan muziknya yang telah pergi, Jay Jay dari kumpulan Carefree, dengan menyanyikan lagu-lagu kumpulan tersebut.

Hazama, yang pernah menjadi juara Akademi Fantasia musim ke-9, berkata konsert ini disasarkan untuk pelbagai generasi penonton, termasuk Gen Z. Malah, mereka telah mengundang Adam Eiman untuk turut beraksi dengan persembahan rap dalam lagu "Hitam Manis".


Black, yang baru pulih daripada pembedahan dan kini mempunyai semangat untuk tampil semula, menyatakan hasratnya untuk menghiburkan penonton dengan memilih lagu-lagu yang disukai.


Penonton berpeluang menyaksikan persembahan yang diiringi oleh 10 pemuzik profesional di bawah pengarahan Genervie Kam. Tiket untuk konsert ini dijual dengan pelbagai kategori harga, bermula dari RM198 hingga RM988, dan boleh didapati di laman web ticket2u.com.my.

Konsert Hitam Manis yang berlangsung pada 8 Februari 2025 jam 7:30 malam ini dijangka menjadi salah satu acara muzik paling dinantikan pada tahun hadapan.



Comments

Popular posts from this blog

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA