MALAM SILATURAHIM HIMPUN 12 LAGENDA SENI TANAH AIR



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 27 DISEMBER 2024 - Seramai 12 lagenda seni tanah air telah berkumpul dalam acara Malam Silaturahim yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) pada 25 Disember lalu.

Program anjuran HS Event & Entertainment Sdn. Bhd ini telah menarik kehadiran kira-kira 1,200 penonton yang hadir menyaksikan persembahan nostalgia artis-artis terkenal tanah air.

Menurut penganjur program, Datin Hjh Rosmariza Dato Hj Che Umar, program ini bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan penggiat seni di samping menghargai sumbangan mereka kepada industri.

"Program ini bukan sekadar meraikan artis-artis veteran, malah menjadi platform untuk membantu rakan-rakan seniman yang kurang bernasib baik," katanya.

Antara artis yang tampil memeriahkan malam tersebut termasuk Dwan Olan, Mel Wings, Joey BPR, Ali XPDC, Aris Ariwatan, Poey Sting, Ameng Spring, Asheed DEF GAB C, Bagiio, Amir Ukays, Wan Bossanova dan Noorshila Amin.







Program ini turut mengiktiraf sumbangan tokoh-tokoh penting industri seperti Ali Bakar, Dollah Bacha, dan Saari Amri yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan industri seni tanah air.

Sepanjang malam tersebut, sebanyak 35 buah lagu hits telah dipersembahkan, mengimbau kembali kenangan manis bersama peminat yang hadir.

Dalam usaha membantu penggiat seni yang memerlukan, penganjur telah menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Program ini merupakan salah satu inisiatif HS Event & Entertainment dalam usaha berterusan menyokong industri seni tempatan dan memberi impak positif kepada komuniti seni tanah air.







Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan