Misi Bantuan Khas Konsortium IRAMA untuk Mangsa Bencana



Oleh: Norazni Ismail.

SG BULOH 11 DISEMBER 2024- Bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia sepanjang bulan Disember 2024 telah mencetuskan pelbagai kesan mendalam, dengan mangsa mengalami kemusnahan harta benda dan kerugian yang besar. Rumah roboh, haiwan ternakan hilang, dan tanaman musnah akibat arus deras yang ganas.

Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dengan kerjasama beberapa pertubuhan dan stesen radio telah mengambil inisiatif menggerakkan Misi Bantuan Banjir untuk membantu mangsa-mangsa yang terjejas.

Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid, menyatakan bahawa mereka sedang menguruskan pusat pengumpulan barang-barang keperluan."Misi ini bertujuan untuk membantu mangsa banjir yang terkesan dengan menyediakan keperluan harian yang amat diperlukan. "Masyarakat sekitar Kuala Lumpur khususnya serta rakyat Malaysia amnya diberi peluang untuk menyumbangkan barangan keperluan dan membantu meringankan beban mangsa banjir. "Beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk tujuan ini iaitu Kafe Narateawhat Sungai Buloh, Bukit Indah Ampang, Shah Alam dan juga Bangi serta di Pejabat Radio Bapakku Fm Gombak," katanya.  

Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid.

Misi ini bertujuan membantu mangsa banjir dengan menyediakan keperluan harian yang mendesak. Masyarakat Malaysia dijemput menyumbang pelbagai barang seperti makanan, peralatan pembersihan, air mineral, pakaian, dan keperluan peribadi lain.


Antara lokasi pengumpulan sumbangan termasuk Kafe Narateawhat Sungai Buloh, Bukit Indah Ampang, Shah Alam, Bangi, dan Pejabat Radio Bapakku Fm Gombak.

Datuk Nash, antara artis yang menyokong inisiatif ini, turut menyeru golongan seni bersatu hati membantu mangsa banjir. Beliau menekankan kepentingan solidariti dalam menghadapi musibah yang diturunkan oleh Allah SWT.

Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi talian 019 3682548 atau WhatsApp 014 812 9763.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan