'NIGHT OF LOVE & COMPASSION' berjaya kutip dana RM300K



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 15 DISEMBER 2024- Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud, Besut Terengganu (TMESA) telah menganjurkan acara makan malam amal bertajuk 'Night Of Love & Compassion' untuk mengumpul dana membantu pelajar-pelajar kurang bernasib baik. Acara istimewa ini akan diraikan dengan persembahan dua penyanyi legenda tanah air, Datuk Hattan dan Datuk Jamal Abdillah, yang membawa kelaziman lagu-lagu evergreen mereka. 

Majlis diadakan pada malam tadi, 14 Disember 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Lebih  1,000 orang penonton hadir dan kutipan dana sebanyak RM300,000.00 berjaya dikumpul pada malam itu untuk membantu pelajar-pelajar memerlukan.

Pembuka tirai adalah persembahan dari band Biso Bonar disusuli  Datuk Hattan yang membawa 7 buah lagu termasuk satu lagu 'Biso Bonar'  berduet bersama anaknya Adam, manakala Datuk Jamal Abdillah membawa eman buah lagu hits beliau.

Datuk Hatan yang unggul dengan lontaran suara yang memukau.

Datuk Hattan berduet bersama anaknya Adam.

Datuk Jamal tetap dengan gaya tersendiri.


Presiden TMESA, Dato' Muhammad Nasir Hamzah, menjelaskan bahawa persatuan ini sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar di kawasan Besut, khususnya dari Sekolah Tengku Mahmud. Beliau mendedahkan bahawa sepanjang dua dekad ini, ahli pencen persatuan telah berusaha gigih untuk membantu golongan pelajar yang memerlukan.

Program utama TMESA iaitu 'Sponsor A Student' (SAS) telah berjaya membantu lebih 1,000 pelajar dari keluarga miskin sejak 16 tahun lalu. Dato' Muhammad Nasir menceritakan pengalamannya menemui pelajar-pelajar ini yang menghadapi kesukaran hidup, dengan sesetengah daripada mereka hanya mampu makan nasi tiga kali seminggu. Namun, mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar dan mempunyai cita-cita murni untuk menjadi profesional seperti doktor, peguam, guru, dan ustaz.

Presiden TMESA, Dato' Muhammad Nasir Hamzah ketika memberikan ucapan.

Pihak TMESA mempunyai harapan besar untuk acara makan malam amal ini. Sekiranya berjaya, mereka mensasarkan kutipan dana sehingga RM1 juta. Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar dan turut diperuntukkan bagi penambahbaikan kemudahan di sekolah.

Acara 'Night Of Love & Compassion' ini bukan sekadar majlis hiburan, malah merupakan platform yang memberi harapan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan untuk melanjutkan pendidikan mereka.




Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan