Pencapaian cemerlang memberi impak yang lebih kuat berbanding kejayaan gemilang.


Oleh: Norazni Ismail.

PUTRAJAYA - Pusat Tuisyen Terkemuka PTTI meraikan ulang tahun ke-10 dengan penuh meriah dalam majlis yang berlangsung di Putrajaya pada 19 Disember lalu. Sepanjang sedekad penubuhannya, PTTI telah berjaya membantu seramai 100,000 pelajar SPM di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif  PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, institusi tersebut bermula dengan usaha kecil untuk membantu pelajar SPM dan didorong oleh minat mendalam dalam bidang pendidikan.

"PTTI telah berjaya membantu lebih 2,000 pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka dari gred G kepada A. Pencapaian ini merupakan hasil dedikasi dan komitmen kami dalam menyediakan pendidikan berkualiti," ujar beliau.


Ketua Pegawai Eksekutif  PTTI, Siti Farhana Abu Osman ketika memberikan ucapan.

Antara pencapaian membanggakan PTTI termasuk pengiktirafan Brand Laureate Award dan Best Education Companies in Dubai 2022. Institusi ini juga telah memperkenalkan aplikasi pembelajaran tersendiri, dengan visi untuk menjadi 'Netflix of Education with 2 Million Subscriber' menjelang 2028.

"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat antara ibu bapa, pelajar, dan tenaga pengajar yang berdedikasi. PTTI akan terus komited dalam memberikan yang terbaik kepada pelajar kami," tambah Cikgu Fana.

Dalam usaha mengembangkan sayapnya, PTTI mensasarkan untuk memperluas perkhidmatan mereka ke seluruh Malaysia pada dekad akan datang, sekaligus memberi impak positif kepada lebih ramai pelajar tempatan.




Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan