Rock Fest 2024 - Kolaborasi Muzik Lintas Genre di Singapura
![]() |
"Rock Fest 2024 mensasarkan peminat muzik rock yang lebih matang" kata Luqman Hakim. |
SINGAPURA 13 DISEMBER 2024- LP Productions dengan bangga mengumumkan kejayaan Rock Fest 2024, sebuah acara muzik yang menghimpunkan empat band terkenal dari pentas rock Singapura. Inisiatif ini bermula daripada idea Joey dari Konspirazy dan Indra dari Elemental untuk menghidupkan semula semangat muzik rock tempatan yang semakin perlahan.
Gig yang diadakan di Phil Studio 1Selegie Rd, Singapura pada Ahad 08 Disember 2024 lepas itu mempertemukan empat band dengan genre berbeza: Life Petal dengan pendekatan Symphonic Rockestra Ballad, D'OtaiBoyz yang versatil, Elemental dengan rock gaya Indonesia seperti Radja, dan Konspirazy dengan sentuhan Glam Rock. Setiap band diberi peluang untuk tampil selama 30 minit, membentangkan antara 5 hingga 6 lagu.
![]() |
D'Otaiboyz. |
![]() |
Life Petal. |
![]() |
Elemental |
![]() |
Konpirazy. |
Dengan kapasiti 250 penonton dan fokus pada tempat duduk, Rock Fest 2024 mensasarkan peminat muzik rock yang lebih matang. Tiket dijual pada harga $25 dan berjaya mencapai status habis dijual, menunjukkan minat yang tinggi dalam kalangan penggemar muzik rock veteran.
Bob Bellamy turut memainkan peranan penting sebagai pengurus pentas, memastikan kelancaran persembahan pada malam tersebut. LP Productions mempunyai visi untuk terus mengembangkan platform ini, dengan rancangan untuk acara masa hadapan yang mungkin merangkumi kolaborasi antara band dari Singapura dan Malaysia.
Matlamat utama acara ini adalah untuk menghidupkan semula industri muzik tempatan, memberi peluang kepada artis yang kurang mendapat perhatian, dan menggalakkan penghasilan karya original. Penganjur percaya bahawa muzik rock masih mempunyai tempat tersendiri dalam industri hiburan dan komited untuk memberi ruang kepada bakat tempatan.
Menurut penganjur, En Luqman Hakim "Harapan saya supaya industri muzik ni tak akan mati begitu sahaja walaupun saya akur ada pihak penganjur yang lain memang lebihkan memilih artis untuk membuat persembahan sedangkan artis-artis yang lain tak diberikan peluang untuk turut serta" katanya.
![]() |
En Luqman Hakim (penganjur). |
moga music band dari singapura dapat terus berkembang seperti zaman 80an banyak band2 membuat persembahan...
ReplyDelete