THE FATALIS KEMBALI DENGAN ALBUM BAHARU "QUASSSAR" SELEPAS EMPAT TAHUN
Oleh: Norazni Ismail.
Kugiran fuzz rock tempatan, The Fatalis, telah mengumumkan kemunculan semula mereka dengan album terbaharu bertajuk "Quasssar" - hasil gabungan perkataan 'Quasar' (Bahasa Inggeris) dan 'Kuasa' (Bahasa Melayu).
Ditubuhkan pada pertengahan Disember 2016, The Fatalis yang dianggotai oleh Aiman Mufti (dram), Shariman Shuhaime (bass), Faiq Aizad (gitar solo) dan Adib Azfar (gitar ritma & vokal) telah menghasilkan beberapa EP dan turut terlibat dalam kompilasi muzik tempatan.
Album sulung mereka, "Ledakan Paradigma" yang mengandungi 8 buah lagu telah diterbitkan pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, rancangan jelajah promosi ke seluruh Malaysia dan negara-negara jiran terpaksa dibatalkan berikutan penularan pandemik Covid-19.
"Quasssar" membawa konsep yang unik tentang kewujudan manusia yang memiliki kuasa luar biasa dalam mengawal kosmik minda untuk kelangsungan hidup. Berbeza dengan album terdahulu, koleksi lagu dalam "Quasssar" membawakan elemen yang lebih groovy dengan lirik yang menjurus kepada muhasabah diri dan pemikiran positif dalam mengharungi cabaran kehidupan moden.
Band ini dikenali dengan pendekatan muzik fuzz rock mereka yang turut diselit dengan pelbagai elemen rock lain, menjadikan mereka antara nama yang disegani dalam arena muzik independent tempatan.
Comments
Post a Comment