'TRIAD' Tiga Legenda Rock Malaysia, Satu Pentas Bersejarah
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LAUMPUR 18 DISEMBER 2024- Kuala Lumpur akan menyaksikan sebuah peristiwa muzik bersejarah apabila Dato' Awie, seorang legenda rock Malaysia, akan membuat kemunculan epik dalam konsert TRIAD yang bakal diadakan pada 14 Februari 2025 di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert istimewa ini akan menggabungkan tiga kumpulan rock ikonik - Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya - yang akan dipimpin secara langsung oleh Dato' Awie. Konsert yang dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah milik Dato' Awie sendiri ini dijangka mencetus sejarah dalam industri muzik tanah air.
![]() |
Search Kiddin. |
![]() |
Wings. |
Dragon Malaya, yang ditubuhkan pada tahun 1998, merupakan kumpulan pengiring asal bagi persembahan solo Dato' Awie, termasuk dalam projek album Rentap yang terkenal dengan lagu-lagu ikonik seperti Kuda Tiga Kaki dan Bumi Kita Ada Naga. Kini, kumpulan tersebut akan diperkuat dengan kehadiran Lan Taro, Eddie Def Gab C, dan Pae.
![]() |
Dragon Malaya. |
Dato' Awie sendiri menekankan bahawa TRIAD bukan sekadar sebuah konsert biasa, malah ia merupakan satu malam di mana sejarah muzik rock Malaysia akan tercipta. "Ini adalah tentang penyatuan bunyi, tenaga, jiwa, dan semangat rock yang sebenar," katanya dengan penuh semangat.
Konsert ini memiliki kepentingan tersendiri kerana bakal mencatatkan nama dalam The Malaysian Book of Records sebagai konsert pertama yang melihat seorang penyanyi utama mengendalikan tiga kumpulan rock besar dalam satu pentas. Dato' Awie mendedahkan bahawa persediaan untuk konsert ini memerlukan fokus, dedikasi, dan komitmen yang tinggi untuk memastikan persembahan terbaik dihasilkan.
![]() |
Bakal melakar sejarah muzik tanahair. |
Tiket untuk konsert TRIAD telah mula dijual sejak 7 Disember lalu dan boleh didapati dalam talian menerusi laman web rasmi https://rpm.ubertickets.asia/ Konsert yang dijangka bakal menggegarkan malam ini bermula jam 8.30 malam dan dijamin akan membawa para peminat kembali ke nostalgia era kegemilangan muzik rock Malaysia.
Dengan semboyan "One Conquer All", konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, malah satu simbolik kepada kesatuan dan kehebatan muzik rock tempatan. Para peminat muzik rock dijemput untuk menyaksikan sebuah malam yang bakal diingati sepanjang sejarah.
Comments
Post a Comment