Usanita Lancar Drama Digital Pertama dengan Fattah Amin dan Sophia Albarakbah
![]() |
Fattah Amin dan Sophia Albarakbah memertai perjanjian persefahaman bersama Datuk Adzliana Dato' Sri Prof Dr Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd (tengah). |
Kuala Lumpur 09 Disember 2024 - Usanita Sdn Bhd melalui cabang baharunya, Usanita Entertainment, mengumumkan pelantikan Fattah Amin sebagai Duta Eksklusif dan Sophia Albarakbah sebagai Wajah Baharu untuk tahun 2025.
Syarikat itu merancang untuk menerbitkan drama bersiri pertama yang akan diarahkan oleh sutradara terkenal Erma Fatima. Drama ini akan disiarkan secara eksklusif di platform digital TikTok Usanita.
![]() |
Fattah Amin dan Sophia Albarakbah. |
Datuk Adzliana Dato' Sri Prof Dr Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, berkata pelantikan ini merupakan bukti komitmen syarikat untuk menggabungkan seni kreatif dengan teknologi digital.
"Usanita Entertainment bertujuan untuk mempromosikan seni Malaysia dan memperkukuh hubungan industri kreatif dengan masyarakat global," katanya.
![]() |
Datuk Adzliana Dato' Sri Prof Dr Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd ketika memberikan ucapan. |
Selain itu, Usanita turut mengumumkan program Bridge to Brilliance 3.0 yang akan diadakan di Oxford, London pada Februari 2025. Program ini bertujuan untuk membincangkan kepimpinan dan keusahawanan sosial, dengan Adzliana bakal menjadi wanita pertama yang menganjurkan sesi townhall di Oxford.
"Bridge to Brilliance 3.0 adalah platform untuk menyatukan pemimpin dan usahawan sosial dari seluruh dunia, mencetuskan idea-idea baharu yang boleh membawa perubahan positif," tambah beliau.
Inisiatif ini menandakan langkah penting Usanita dalam memperkasa industri kreatif tempatan dan membawa bakat seni Malaysia ke pentas global.
![]() |
Dari kiri: Sophia Albarakbah, Datuk Adzliana Dato' Sri Prof Dr Hasan, Fattah Amin dan Erma Fatima. |
Comments
Post a Comment