Demi Peminat, Lipanbara Bakal Adakan Showcase ‘Serangan Kilat’
Oleh: Norazni Ismail.
KUALAL LUMPUR 24 JANUARI 2025- Selepas 31 tahun vakum, kumpulan rock Lipanbara mengumumkan comeback dengan showcase 'Semangat Kilat' pada 15 Februari di Warisan Hall, Sijangkang. Kumpulan yang popular dengan lagu seperti Seirama Aman Sentosa kini diperbaharui dengan barisan ahli baharu: Zaff (Gitar), Labut (Dram), Ham (Bass), Ali (Kibordis) dan Oney sebagai pengvocal asal.
Oney mendedahkan beliau telah mendapat keizinan daripada pemilik hak nama kumpulan untuk meneruskan legasi Lipanbara selepas pulih daripada penyakit jantung pada 2023. Showcase ini akan menampilkan 15 lagu termasuk satu lagu saduran, dengan fokus pada genre Heavy Hard Rock.
Penggemar boleh memperoleh tiket seharga RM50 melalui talian 0126717573, sambil menyaksikan evolusi muzik kumpulan rock legenda ini dalam persembahan yang dijangka memenuhi kerinduan peminat sejak tahun 1994.
![]() |
Ekmal Md Nor (duduk kiri) selaku penganjur berharap peminat dapat hadir menjayakan 'showcase' ini. |
"Alhamdulillah, beliau bersetuju dan membenarkan saya menggunakan nama Lipanbara. Dari situlah saya mendapat semangat untuk mencari barisan ahli baharu. Peminat juga faham muzik kami agak keras dan lebih mengenali kami menerusi lagu-lagu pantas berbanding lagu perlahan," katanya.
Oney turut berkongsi keadaan kesihatannya yang semakin baik selepas diserang penyakit jantung pada tahun 2023. "Alhamdulillah, doktor telah mengesahkan saya telah pulih. Walau bagaimanapun, saya tetap berhati-hati dan telah membuat pengubahsuaian pada beberapa lagu supaya sesuai dengan suara saya," jelasnya.
![]() |
Oney selaku anggota asal Lipanbara. |
Termantap
ReplyDeleteMantul
ReplyDelete