Festival 'Loud Blast' Menyatukan Pelbagai Genre Muzik
Oleh: Norazni Ismail.
08 Februari 2025, Panggung Asia Kuala Lumpur bakal bergegar dengan kehadiran 13 kumpulan muzik tanah air yang membawa pelbagai aliran dalam acara Loud Blast Festival. Festival ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi merupakan manifestasi kepelbagaian genre muzik underground tempatan yang disatukan di bawah satu bumbung.
Penganjur Rockstage Entertainment telah memilih barisan artis melalui undian dalam media sosial selama dua bulan, memberikan kuasa kepada peminat untuk menentukan lineup festival ini. Antara nama-nama yang bakal menggegarkan pentas termasuk Subculture yang terkenal dengan persembahan ceria mereka, dan Brain Dead yang membawa keunikan tersendiri dengan pendekatan agresif berpadu nada gelap.
Barian penuh festival merangkumi: Antacid, Sapprah,Perpetual, Melissa Band, Larrong, Inhuman,Farasu, Dr. Kronik, Maniac Monday, Predefined, Sacred Sulphuric, Subculture dan Brain Dead.
Festival ini menjanjikan pengalaman audio-visual yang menakjubkan dengan sistem bunyi dan pencahayaan bertaraf profesional. Menurut Talib Othman selaku penganjur, pemilihan kepelbagaian genre ini merupakan strategi untuk menarik peminat dari pelbagai latar belakang muzik, dari rock klasik hinggalah ke punk rock dan metal ekstrim.
Tiket berharga RM95 boleh didapati melalui platform https://www.myticketempire.com/loudblastfest Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Rockstage Entertainment.
Loud Blast Festival bukan sekadar festival muzik biasa - ia adalah pertemuan jiwa-jiwa yang dahagakan muzik underground tempatan, disatukan dalam satu malam yang penuh bertenaga.
Comments
Post a Comment