HOTEL PREMIERA KUALA LUMPUR PERKENAL "BUFET RAMADAN RETRO KLASIK" 2025

Chef Dzulkarnain bersama hidangan retro klasik bufet Ramadan.

Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR, 16 Januari 2025 - Hotel Premiera Kuala Lumpur telah menganjurkan Prebiu Berbuka Puasa bertemakan "Ramadan Retro Klasik" di Dewan Utama hotelnya hari ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ts. Mohd Fadzil Bin Mohd Idris, Ketua Pegawai Eksekutif MARA Incorporated Sdn. Bhd., bersama Pn. Sabarina Binti Abdul Gani, Pengurus Besar Premiera Hotel Kuala Lumpur.

Pn. Sabarina Binti Abdul Gani, Pengurus Besar Premiera Hotel Kuala Lumpur bersama YBhg. Ts. Mohd Fadzil Bin Mohd Idris, Ketua Pegawai Eksekutif MARA Incorporated Sdn. Bhd merasmikan Prebiu Berbuka Puasa bertemakan "Ramadan Retro Klasik". 

Bertemakan nostalgia era 70-an dan 80-an, dewan utama hotel tersebut dihias dengan elemen-elemen retro yang membangkitkan kenangan silam. Chef Dzulkarnain dan pasukannya telah menyediakan lebih 100 jenis hidangan yang akan bertukar setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Antara hidangan istimewa yang bakal menanti para tetamu termasuk Sup Gearbox Power 6 Sekawan, Kambing Bakar Arang Kayu, Ikan Siakap Stim Thai Style, dan Patin Tempoyak. Bufet ini turut menawarkan stesen durian yang menjadi tarikan utama, serta hidangan tradisi seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan pelbagai jenis ulam-ulaman kampung.









Para tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan minuman termasuk Soda Herbs, Air Mata Kucing, dan Sirap Bandung. Bagi peminat minuman panas, kopi dan teh tarik kaw istimewa turut disediakan. Suasana berbuka puasa akan dimeriahkan dengan persembahan muzik dari kumpulan Stereo Accoustica yang akan membawakan lagu-lagu retro klasik Melayu dan antarabangsa.

Kumpulan Stereo Accoustica bakal membuat persembahan sepanjang Ramadan nanti.

Bufet Ramadan ini akan berlangsung dari 3 Mac hingga 28 Mac 2025, dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga promosi 'Early Bird' yang ditawarkan sehingga 2 Mac 2025 ialah RM120.00 bersih seorang, manakala harga biasa adalah RM160.00 bersih untuk dewasa. Kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun dan warga emas berusia 60 tahun ke atas boleh menikmati bufet pada harga RM80.00 bersih seorang.


Hotel Premiera Kuala Lumpur yang terletak strategik di tengah-tengah ibu kota terus komited dalam menyediakan pengalaman yang istimewa kepada tetamu, terutamanya pada musim perayaan. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian +603-2615 1000 atau Puan Teh Maizila Mohd Nazri, Penolong Pengurus Bahagian Pemasaran dan Komunikasi di talian 6013-486 9013.









Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan