HOTEL ST GILES BOULEVARD MEMPERSEMBAHKAN BUFET MAKAN MALAM SELERA BONDA
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR 10 JANUARI 2025- Hotel St Giles Boulevard dengan sukacitanya mengumumkan Bufet Makan Malam Selera Bonda yang istimewa di Restoran Wildrice, Boulevard, Mid Valley, Kuala Lumpur. Para tetamu dijemput untuk menikmati hidangan istimewa ini yang berlangsung setiap hari bermula 6:30 petang hingga 10:00 malam.
Di bawah pimpinan Chef Radzi yang berkemahiran tinggi, bufet makan malam ini menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang menggabungkan resipi warisan dengan sentuhan moden yang kreatif. Antara hidangan istimewa yang disajikan termasuklah pilihan Kambing dan Gulai Kawah, serta Lemang tradisional yang pasti menggiurkan.
Pengalaman makan malam akan bertambah meriah dengan persembahan hiburan istimewa daripada Kelly Azman dan Ani Mayuni yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang majlis berlangsung.
![]() |
Ani Mayuni dan Kelly Azman bakal memriahkan tetamu sepanjang majlis berlangsung. |
Boulevard sentiasa berusaha untuk mencipta pengalaman makan malam yang tidak dapat dilupakan sambil mengekalkan warisan masakan tempatan yang kaya dengan tradisi. Program istimewa ini akan berlangsung setiap hari bermula 4 Mac hingga 28 Mac 2025.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pasukan tempahan di talian +6012-4008691 atau melayari laman web rasmi di www.stgileshotels.com.
Hotel St Giles Boulevard merupakan sebuah destinasi terkemuka di Kuala Lumpur yang terkenal dengan penginapan mewah, perkhidmatan cemerlang, dan pilihan hidangan makanan yang berkualiti tinggi. Hotel ini komited dalam memberikan pengalaman terbaik kepada tetamu dan menganjurkan acara-acara yang mengagumkan.
Comments
Post a Comment