Jakel Raya 2025 Lebih Meriah dengan Kehadiran 10 Selebriti Pilihan
![]() |
10 Selebriti Terkemuka Bergabung Tenaga dalam Kempen Raya Jakel 2025. |
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR 19 JANUARI 2025 - Gedung tekstil terkemuka negara, Jakel, mengumumkan pelantikan 10 duta baharu bagi memperhebatkan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025, yang bakal mempromosikan kepelbagaian pakaian sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel mengumumkan barisan duta yang terdiri daripada Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna seisi keluarga, Senariounion, tiktoker Sallywho seisi keluarga, serta Upin & Ipin yang akan memperagakan koleksi raya terbaharu Jakel.
"Koleksi tahun ini menawarkan kualiti yang lebih tinggi dengan penggunaan fabrik yang lebih tebal namun tidak panas, mudah kering dan 'breathable'. Jahitannya juga lebih kemas dan rapi," jelas Mohamed Faroz semasa pelancaran kempen tersebut di Jakel Mall, Kuala Lumpur.
Beliau menegaskan bahawa Jakel kekal komited dalam menyediakan produk untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa, dengan harga yang berpatutan. "Kami mahu memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan produk yang ditawarkan, sekali gus menciptakan pengalaman membeli-belah yang tidak dilupakan, sejajar dengan tagline kami 'Jakel, Barulah Raya'," tambahnya.
![]() |
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel. |
Bagi musim raya tahun ini, Jakel memperkenalkan koleksi dengan pilihan warna terkini seperti Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia dan Powder Blue. Tawaran istimewa termasuk Baju Melayu Madani pada harga RM99 sepasang dengan samping percuma bernilai RM49, serta Baju Melayu Fattah Amin pada harga RM149 termasuk samping percuma bernilai RM99.
Jakel menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 20 hingga 30 peratus berbanding tahun lalu, dengan peningkatan stok kepada sejuta pasang pakaian untuk dewasa dan 1.5 juta pasang untuk pakaian sedondon. Untuk keselesaan pelanggan, gedung Jakel menyediakan lebih 2,700 ruang parkir, surau dan tandas.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat Jakel, Cik Norrulhuda di talian 018-329 1565.
Comments
Post a Comment