Malam Laguan Puisi Tampilkan Gabungan Muzik Moden dan Tradisional

"Malam Laguan Puisi" mengambil inspirasi daripada karya-karya agung Sasterawan Negara.


Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 16 JANUARI 2025Panggung Eksperimen ASWARA bakal menjadi saksi kepada persembahan istimewa Malam Laguan Puisi yang akan berlangsung pada 8 Februari 2025 bermula jam 9 malam. Persembahan ini akan menampilkan barisan penyanyi terkenal tanah air seperti Aqasha, Azizul Haqim, Ayu Damit dan Leaism.

Program yang dianjurkan oleh FB Media Ventures ini mengambil inspirasi daripada karya-karya agung Sasterawan Negara termasuk Datuk Seri A. Samad Said, Dato' Usman Awang, Profesor Emeritus Muhamad Haji Salleh, Datuk Rahman Shaari, Datuk Baha Zain dan Datuk Dr. Zurinah Hassan.

Menurut Pengarah Projek dan Pengarah Muzik, Shamsul Cairel Abdul Karim, persembahan ini akan mengetengahkan tujuh buah lagu baharu yang dicipta khas untuk program tersebut. Selain itu, beberapa lagu puisi popular turut akan dipersembahkan semula termasuk 'Tetamu Senja' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Koprasata, 'Jentayu' nyanyian Datuk Nora dan Dato' Sheila Majid, serta 'Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang' oleh Kumpulan Harmoni.

Shamsul Cairel Abdul Karim (Pengarah Projek dan Pengarah Muzik).

Showcase ini menjanjikan pengalaman unik dengan menggabungkan pelbagai elemen persembahan termasuk nyanyian, muzik, deklamasi puisi dan penceritaan melalui layar LED. Gubahan muzik turut menggabungkan elemen tradisional seperti seruling dan erhu, di samping sentuhan moden melalui penggunaan keyboards dan synthesizers untuk menghasilkan nuansa baharu dalam persembahan lagu-lagu puisi.

Program yang mendapat sokongan dana melalui ArtsFAS dan Yayasan Hasanah ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa pihak termasuk Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL) dan Silent Set Entertainment.

Leasim dan Ayu Damit antara artis yang hadir pada majlis sidang media.


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan