Raikan bulan suci Ramadan bersama kami di MiCasa All Suite Hotel

Chef Adrian (Ketua Chef) dan Chef Syafaat bersama pelbagai hidangan tradisional dari Utara dan Selatan.

Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 10 JANUARI 2025- MiCasa All Suite Hotel mengalu-alukan kedatangan tetamu untuk meraikan bulan suci Ramadan dengan buffet makan malam yang istimewa. Dalam suasana yang menggamit kenangan kampung halaman, hotel ini mempersembahkan tema "Icip Icip Desa" yang telah direka khas oleh Chef Adrian dan pasukannya.

Buffet makan malam ini menampilkan pelbagai hidangan tradisional dari Utara dan Selatan Tanah Air. Para tetamu boleh menikmati hidangan klasik seperti Kerabu Kerisik Kulit Timun, Nasi Ambeng, Nasi Ulam Ayam Percik, Asam Pedas Tetel dan Itik Salai Masak Lemak Cili Api. Setiap hidangan disediakan dengan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memastikan citarasa yang autentik.




Untuk memulakan berbuka puasa, tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan sup dan salad segar, termasuk Sup Ekor yang popular dan Lautan Seafood yang kembali atas permintaan ramai. Kambing Panggang yang lazat turut dihidangkan bersama pelbagai pilihan sos yang menyelerakan.

Pengalaman makan malam menjadi lebih menarik dengan kehadiran live station, di mana tetamu boleh menyaksikan sendiri kepakaran chef menyediakan hidangan segar di hadapan mata. Bagi pencuci mulut, tetamu boleh memilih daripada pelbagai kuih tradisional Melayu, 10 jenis jeruk, Pengat Pisang dan Nangka, ABC dan cendol. Hidangan ini dilengkapi dengan pilihan buah-buahan segar serta minuman seperti teh tarik, kopi, dan pelbagai pilihan minuman dalam balang.






Buffet Ramadan ini akan berlangsung dari 7 hingga 23 Mac 2025, dari jam 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga biasa adalah RM139 bersih bagi setiap dewasa, dan RM95 bersih bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (5-12 tahun). Tawaran harga awal istimewa dari 10 Januari hingga 28 Februari 2025 adalah RM109 bersih bagi setiap dewasa, manakala harga bagi warga emas dan kanak-kanak kekal pada RM95 bersih.

Untuk membuat tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian umum hotel di +603 2179 8000 sambungan 7088, atau menghantar WhatsApp ke Restoran Shiso Dining di +6017 219 6126. Tempahan juga boleh dibuat melalui email ke fnbkul@micasahotel.com. Bagi tempahan berkumpulan dan perjumpaan besar, Jabatan Jualan boleh dihubungi di 03-2179 8181 atau melalui email ke infokul@micasahotel.com.

Hotel ini menyediakan kemudahan surau dan tempat letak kereta dengan kadar tetap RM5 bersih bagi setiap kemasukan. Tempahan awal adalah sangat digalakkan kerana tempat duduk akan diatur dengan teliti untuk memastikan penjarakan yang sesuai antara tetamu. MiCasa All Suite Hotel mengundang semua untuk meraikan keberkatan Ramadan dalam suasana yang mesra dan selesa bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.

             Jenny Ong (Pengurus Jualan & Operasi), Chef Syafaat dan Chef Adrian (Ketua Chef).


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan