Restoran Rebung Chef Ismail Lancar Bufet Ramadan "Golek-Golek" 2025



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 25 JANUARI 2025- Restoran Rebung Chef Ismail di Kuala Lumpur mengumumkan pelancaran Bufet Ramadhan 2025 bertema "Golek-Golek Ramadan" yang bakal berlangsung dari 2 Mac hingga 29 Mac 2025. Bufet istimewa ini menawarkan pelbagai hidangan tradisional Malaysia yang memikat selera, termasuk Kambing Golek, Ayam Golek, Itik Golek, Nasi Istana, dan pelbagai lauk-pauk tradisional seperti Daging Salai Masak Lemak Ciliapi dan Patin Tempoyak.





Pengunjung dapat memilih antara harga early bird mulai RM 99 untuk dewasa (22 Januari - 28 Februari 2025) atau harga normal RM 109 untuk dewasa (1-29 Mac 2025). Kanak-kanak dan warga emas turut mendapat harga istimewa.











Restoran yang mampu menampung 450 orang ini menawarkan pelbagai ruang privasi dan kemudahan termasuk ruang solat, kawasan mesra OKU, dan parking untuk 460 kenderaan. Sebagai tambahan istimewa, Orkestra Melayu Rojer akan menghiburkan tetamu dengan persembahan muzik tradisional.


Untuk tempahan, pengunjung boleh menghubungi talian restoran 03-2276 3535/2525 atau wakil katering En Hafiz di 017-778 7895. Restoran turut menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis tertutup.



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan