Ahli perniagaan Asyraf Khalid Dilantik Sebagai Director of Partnership PTTI Group
![]() |
PTTI meraikan tenaga pengajar dan kakitangan pada majlis pada Majlis PTTI Annual Gala Award Dinner. |
KUALA LUMPUR - PTTI Group telah mengumumkan pelantikan ahli perniagaan Asyraf Khalid sebagai Director of Partnership yang baharu dalam satu majlis yang berlangsung di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pengumuman tersebut dibuat sempena Majlis PTTI Annual Gala Award Dinner yang bertujuan memberi penghargaan kepada dedikasi warga kerja PTTI dalam usaha membantu peningkatan prestasi akademik para pelajar.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana menyatakan bahawa pelantikan tersebut merupakan langkah strategik bagi mengukuhkan kedudukan PTTI dalam ekosistem pendidikan negara.
"Kami percaya dengan kepakaran dan pengalaman beliau, PTTI dapat menjalinkan lebih banyak kolaborasi yang memberi manfaat kepada pelajar, guru, dan masyarakat secara keseluruhan," ujar beliau.
![]() | |
Asyraf Khalid (kiri) bersama Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali (Cikgu Habib) dan Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman (Cikgu Fana). |
Asyraf Khalid yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan pembangunan strategik dijangka akan memainkan peranan penting dalam memperluaskan jaringan kerjasama PTTI bersama sektor korporat, institusi pendidikan, serta agensi kerajaan dan swasta.
Dalam majlis yang sama, PTTI Group turut mengumumkan pelantikan Dr Faizul sebagai Deputy Vice President for Strategic Communication di PTTI Group Sdn Bhd.
Majlis tersebut bukan sahaja menjadi platform pengiktirafan kepada warga kerja PTTI, malah turut digunakan untuk mengumumkan sasaran baharu syarikat bagi tahun 2025.
Comments
Post a Comment