ARIANI Lancar Koleksi Raya 2025 'Hikayat Ariani Karya Seindah Busana'


Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR, 14 Februari 2025 - Jenama fesyen terkenal ARIANI telah melancarkan koleksi Aidilfitri 2025 mereka yang bertajuk 'Hikayat Ariani Karya Seindah Busana' di Grand Ballroom Kuala Lumpur Convention Centre hari ini.

Pertunjukan fesyen yang dihadiri 1,000 tetamu ini mempamerkan 158 rekaan terpilih daripada 600 pilihan hijab dan busana terbaru. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ariani, Datin Seri Farah Haryani, koleksi kali ini merangkumi lebih 300 pilihan hijab polos dan bercorak, termasuk bawal satin, twill, voile, serta selendang dalam pelbagai material seperti cotton, satin dan chiffon.

Koleksi premium ARIANI LUXE pula mengetengahkan 100 rekaan eksklusif yang dihiasi French lace dan kristal Swarovski. Pelakon popular Rozita Che Wan atau Che Ta telah dipilih sebagai Muse ARIANI LUXE 2025, membuka tirai pertunjukan dengan penuh gaya.


Bagi koleksi pakaian siap dipakai (Ready-to-Wear), ARIANI menyediakan 300,000 helai pakaian raya termasuk baju kurung, jubah, kurta dan baju melayu. Koleksi ini menawarkan 300 rekaan dalam pelbagai saiz bermula dari pakaian bayi hingga dewasa.

ARIANI turut mengumumkan dua kolaborasi istimewa. Pertama, kerjasama dengan jenama fesyen mewah British, LIBERTY LONDON, menghasilkan lima rekaan potongan tradisional dengan empat pilihan corak LIBERTY yang ikonik. Kedua, kolaborasi bersama BOKITTA menghasilkan koleksi tudung instant yang akan dilancarkan secara berperingkat.

Jenama ini mengekalkan Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Bella Dally sebagai duta jenama, serta Fyza Kadir sebagai Muse ARIANI PREMIUM. Sebelas wajah baharu turut diperkenalkan untuk kempen raya 2025, termasuk pelakon-pelakon popular seperti Siti Saleha, Amyra Rosli, dan Mawar Rashid.


Pertunjukan fesyen tersebut turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa barisan pelakon veteran dan kontemporari seperti Dato Rahim Razali, Dato Fizz Fairuz, dan Edika Yusoff dalam persalinan baju melayu dan kurta ARYAN.



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan