Cerita di Sebalik Wajah: Pertemuan dengan 10 Duta Terkenal Jakel.
Oleh: Norazni Ismail.
SHAH ALAM, 04 FEBRUARI 2025 - Peminat dan pengunjung berpeluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan deretan artis terkenal dan pempengaruh popular dalam sesi Meet & Greet yang akan diadakan di bangunan Jakel, Shah Alam esok.
Antara artis yang bakal hadir termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad bersama keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, anggota kumpulan pelawak Senariounion, Anzalna bersama keluarga, serta tokoh popular seperti Upin & Ipin dan tiktoker Sallywho.
Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel, menjelaskan bahawa acara bermula jam 9 pagi hingga 2 petang ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dengan pelanggan sambil memperkenalkan produk terkini sempena musim Raya Aidilfitri tahun ini.
"Kami mengharapkan pelanggan dan peminat tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan barisan duta kami dalam kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025," katanya. Beliau turut menarik perhatian pengunjung dengan peluang mengambil gambar bersama artis yang hadir.
Selain sesi Meet & Greet, Jakel turut menyediakan kuiz interaktif dengan hadiah menarik. Pengunjung berpeluang menerima kupon potongan harga baju raya dan melihat koleksi raya terbaharu yang menampilkan warna dan trend semasa untuk semua peringkat umur.
Bagi memastikan keselesaan pengunjung, Jakel telah menyediakan kemudahan parkir yang luas dan percuma. Tambahan pula, perkhidmatan buggy disediakan khas untuk membantu warga emas dan golongan berkeupayaan khas bergerak dengan mudah dari kawasan parkir ke bangunan utama.
Untuk maklumat lanjut, pihak media boleh menghubungi Pegawai Pemasaran Jakel Cawangan Shah Alam, Encik Saiful Azlan di talian 011-1650 3922.
Comments
Post a Comment