Pesona Raya: Amber Mempersembahkan Koleksi Istimewa dengan Enam Wajah Terpilih
Oleh: Norazni Ismail.
Kuala Lumpur, 24 Februari 2025 – Jenama gaya hidup terkemuka, Amber, telah melancarkan koleksi istimewa Raya Romantics bagi menyambut Aidilfitri 2025, sekali lagi mencetus fenomena dalam dunia fesyen tempatan.
Koleksi terbaharu ini mengetengahkan gabungan unik antara keanggunan klasik dan sentuhan moden yang sofistikated. Amber turut berbangga memperkenalkan enam wajah rasmi jenama yang terdiri daripada selebriti terkemuka tanah air iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah.
Setiap rekaan dalam koleksi Raya Romantics dihasilkan dengan teliti menggunakan kain 100% kapas yang dihiasi sulaman floral yang menawan. Pemilihan fabrik premium ini bukan sahaja menjamin keselesaan, malah memberikan tampilan elegan yang sesuai dengan iklim tempatan. Koleksi ini menawarkan kepelbagaian pilihan warna dan rekaan yang sesuai untuk pelbagai majlis, dari santai hingga ke sambutan meriah.
Bagi koleksi lelaki, Amber menyediakan enam rekaan berbeza dengan tiga pilihan warna bagi setiap rekaan, menjadikan jumlah keseluruhan 18 pilihan. Manakala untuk wanita pula, terdapat 11 rekaan dengan dua pilihan warna setiap satu, menjadikannya 22 pilihan keseluruhannya. Kesemua rekaan ini boleh didapati dalam saiz XS hingga 3XL dengan harga bermula dari RM269 hingga RM459.
Para pelanggan boleh mendapatkan koleksi eksklusif ini di Amber Flagship Store di Shangri-La, Kuala Lumpur, Butik Amber di Wangsa Walk Mall, laman web rasmi www.amberofficials.com.my, dan TikTok Shop @AmberModeOfficials.
Datuk Adzliana Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, syarikat induk Amber, menyatakan bahawa koleksi Raya Romantics merupakan gabungan sempurna antara warisan budaya dan inovasi fesyen moden. Beliau turut berkongsi sasaran jualan yang memberangsangkan iaitu 300,000 helai untuk tahun ini, berdasarkan kejayaan koleksi terdahulu dan permintaan yang semakin meningkat.
Datuk Adzliana Hasan (Ketua Pegawai Eksekutif Usanita) ketika memberikan ucapan. |
Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama, Amber akan turut menyertai festival raya antarabangsa seperti Celebfest Singapore pada 7 hingga 9 Mac 2025 dan Absolute Fest Gaya Raya pada 21 hingga 24 Mac 2025.
Dengan kombinasi rekaan memukau, kualiti fabrik premium, dan perincian mewah, koleksi Raya Romantics oleh Amber menjanjikan pengalaman berpakaian yang istimewa buat setiap pelanggan. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.amberofficials.com.my atau mengikuti @AmberModeOfficials di TikTok.
Comments
Post a Comment