"RAYA BERMAKNA BERSAMA BUNGA" Nikmati Sebulan Penuh Kejutan Raya dari Bunga



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2025 – Bunga telah melancarkan single raya pertamanya bertajuk 'Sebulan Raya' sebagai buah tangan terbaharu untuk peminatnya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Lagu ciptaan Edry Abdul Halim ini merupakan single raya pertama Bunga sejak beliau menceburi industri seni pada tahun 2019. Menurut Bunga, kerjasama dengan Edry Abdul Halim berlaku secara tidak sengaja ketika beliau menghadiri acara Muzikal Lawak Superstar tahun lalu.

"Sejujurnya Sebulan Raya memang memberikan keterujaan kepada saya. Semuanya berlaku dalam masa yang singkat dan saya gembira kerana berpeluang bekerja dengan ramai pihak dalam menjayakan lagu raya ini," kata Bunga.

Beliau turut berkongsi bahawa inspirasi untuk lagu ini tercetus apabila mendengar lagu Magika, runut bunyi filem Magika yang ditayangkan pada 2010, yang mengingatkannya pada kenangan masa kecil.

"Bila mendengarkan sahaja lagu tersebut, saya teringatkan kemeriahan filem berkenaan. Jadi saya jumpa abang Edry dan minta dia buat naskhah baharu," jelas penyanyi yang popular dengan lagu Intan Payung itu.



'Sebulan Raya' diterbitkan oleh Warner Music Malaysia dan telah dilancarkan secara rasmi pada 28 Februari di semua platform digital.

Bunga juga berkongsi bahawa video muzik single ini telah menjalani penggambaran minggu lalu di beberapa lokasi di Sekinchan, Kuala Selangor. Beliau menyifatkan video muzik tersebut sebagai meriah dan penuh dengan kejutan.

"Ada beberapa idea saya beri dan mereka realisasikan dengan baik. Saya harap semua pendengar akan berpuas hati dan gembira menyambut kedatangan Syawal kali ini," ujarnya sambil memberitahu bahawa beliau bakal mengeluarkan album penuh tidak lama lagi.

Video muzik single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran khas YouTube Warner Music Malaysia.



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan