TodayAssist Sdn Bhd Lancar Platform Digital Sokong Program Infaq Ramadan
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR 25 FEBRUARI 2025 - TodayAssist Sdn Bhd (TASB), syarikat bumiputera pemegang Pensijilan Malaysia Digital MDEC, telah menjalin kerjasama dengan pempengaruh Putera Amaris dan Rakan-rakan bagi menyokong program Infaq Ramadan "Kongsi Rezeki" melalui platform aplikasi mudah alih digital mereka.
TASB yang pakar dalam pembangunan aplikasi mudah alih digital untuk ekonomi perkongsian menyediakan platform patuh Syariah bagi program ini. Aplikasi ini dilengkapi dengan kemudahan promosi, gerbang pembayaran, rekod transaksi dan penyediaan laporan yang komprehensif.
Program Kongsi Rezeki yang diinspirasikan oleh Putera Amaris menyasarkan bantuan kepada 1,000 penerima asnaf termasuk Maahad Tahfiz Al-Quran, pesakit kanser kanak-kanak, pusat jagaan warga emas, golongan gelandangan, serta penyediaan 1,000 sejadah untuk diedarkan sepanjang Ramadan akan datang.
![]() |
Putera Amaris (Pengasas dan Penganjur Program). |
Dikendalikan oleh pasukan pakar telekomunikasi, profesional IT bertaraf antarabangsa dan pemimpin keusahawanan berpengalaman, TASB komited mempercepat peralihan masyarakat ke arah ekonomi digital. Syarikat ini menawarkan penyelesaian digital bagi syarikat, NGO dan individu yang mahukan transformasi digital dengan kos minimum.
TASB turut menjemput syarikat dari pelbagai sektor seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan, pelancongan dan lain-lain untuk mempromosi perkhidmatan mereka melalui platform ini. Pencapaian TASB telah diiktiraf apabila menerima Pensijilan Malaysia Digital Status daripada MDEC pada 2 Disember 2024.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd Mudasir Abdullah (019-2221300) atau Pengarah Pembangunan Perniagaan, En. Jasri Ali (019-2900642).
Comments
Post a Comment