Andi Bernadee Tampil Dengan Lagu Raya Baharu "Inikan Hari Raya"



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR, 09 MAC 2025 - Penyanyi berbakat Andi Bernadee kini kembali dengan lagu bertajuk "Inikan Hari Raya" setelah beralih ke Universal Music Malaysia. Lagu ini merupakan penampilan pertama beliau dengan lagu Hari Raya secara solo yang bakal dilancarkan menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Inikan Hari Raya" menggabungkan elemen moden dan tradisional yang dijangka menyemarakkan suasana perayaan dengan irama yang menarik. Dicipta oleh Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Omar K, lagu ini juga mendapat sentuhan lirik daripada Andi sendiri.

Proses penghasilan lagu ini melibatkan dua sesi rakaman di studio. Andi menerangkan bahawa pada sesi pertama, beliau merakamkan vokal utama sebagai demo sebelum berbincang dengan komposer tentang muzik, adunan, dan lirik yang sesuai. Rakaman kedua dibuat selepas semua keputusan disahkan.

Menurut Andi, lagu ini bukan sahaja membawa suasana ceria Hari Raya tetapi juga mengandungi unsur nasihat. Ia menggambarkan suasana keluarga yang pulang ke kampung halaman dan pelbagai peristiwa dalam persiapan serta sambutan Aidilfitri yang boleh dirasai oleh semua orang.


Andi turut berkongsi pengalamannya bekerja dengan pihak lain, menyatakan beliau sentiasa terbuka untuk berkolaborasi. Bagi Andi, kerjasama yang baik dalam perkongsian idea akan menghasilkan karya yang lebih berkualiti.

Lagu "Inikan Hari Raya" akan dilancarkan pada 28 Februari 2025 dan boleh didapati di semua platform digital. Andi berharap lagu ini dapat menghiburkan dan membawa keceriaan kepada semua pendengar dalam menyambut Aidilfitri.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan