DATUK ROSYAM NOR LANCAR ST ROSYAM MALL DI KLANG DENGAN KEMPEN GANJARAN RM1.5 JUTA



Oleh: Norazni Ismail.

KLANG, 20 MAC 2025 – Pelakon dan usahawan terkenal, Datuk Rosyam Nor mencatat sejarah dengan pembukaan kompleks beli-belah pertama beliau, ST Rosyam Mall yang terletak di Jalan Kebun, Klang, Selangor. Kompleks seluas 114,000 kaki persegi ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang lebih luas dan selesa kepada para pengunjung.

Sempena pembukaan rasmi ST Rosyam Mall, kempen RM1.5 Juta Ganjaran Untuk Anda telah dilancarkan dengan pelbagai hadiah menarik termasuk 100 pakej Umrah percuma kepada pelanggan bertuah ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart.

ST Rosyam Mall menempatkan lebih 30 premis terkenal merangkumi pelbagai kategori seperti fesyen, makanan dan teknologi. Beberapa premis seperti Khulafa dan Nasi Lemak Burung Hantu akan beroperasi 24 jam. Pelanggan juga boleh menikmati kemudahan gelanggang Pickleball yang dibuka sepanjang masa, parkir yang luas serta surau yang selesa.


Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho Cheng Hann menyatakan bahawa kerjasama strategik antara Sri Ternak dengan ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart mencerminkan komitmen bersama dalam menawarkan pengalaman membeli-belah berkualiti tinggi dengan harga berpatutan kepada rakyat Malaysia.

Datuk Rosyam Nor selaku Pengarah ST Rosyam Mart menegaskan bahawa ST Rosyam Mall bukan sekadar pusat beli-belah biasa tetapi simbol kepercayaan dan dedikasi dalam menyediakan pengalaman membeli-belah terbaik. Beliau menyatakan kompleks ini diwujudkan dengan konsep yang memenuhi keperluan seisi keluarga daripada makanan, fesyen, hiburan, teknologi dan banyak lagi di bawah satu bumbung.

Selain itu, Datuk Rosyam turut melancarkan cawangan kelapan ST Rosyam Mart di lokasi yang sama. Kempen RM1.5 Juta Ganjaran Untuk Anda turut dipanjangkan ke ST Rosyam Mart dengan peluang memenangi hadiah seperti kereta Proton X70, Goldbar, barangan elektronik dan baucar.


Sebagai simbolik pembukaan cawangan baharu, ST Rosyam Mart menawarkan promosi Ayam Seekor serendah RM0.88 sen. Ahli ST Kad boleh menikmati lebih 100 barangan promosi berharga antara RM0.08 sen hingga RM0.88 sen, dengan jumlah keseluruhan melebihi 300 barangan promosi. Promosi ini akan berlangsung selama 14 hari bermula 19 Mac hingga 1 April 2025.

ST Rosyam Mart turut menyediakan 22 perkhidmatan percuma termasuk perkhidmatan terbaru iaitu Pandu Lalu Pengambilan Barang Pesanan, menjadikannya pasaraya pertama yang menawarkan kemudahan tersebut. Pasaraya ini juga beroperasi 24 jam dan menyediakan barangan basah seperti ikan segar dari jeti serta daging tempatan berkualiti tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan