FESTIVAL RAYA TERBESAR & TERLAMA DI MALAYSIA DI GEROBOK BIRU GEGAK GEMPITA RAYA 2025
![]() |
Penganjur bersama penaja bergambar dimajlis sidang media. |
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR, 10 MAC 2025 – Festival jualan raya terbesar di Malaysia, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya, akan kembali dengan lebih meriah di WTC Kuala Lumpur bermula 14 hingga 24 Mac 2025. Festival selama 11 hari dan 196 jam ini bakal mencatat nama dalam Malaysia Book of Records sebagai festival raya terpanjang dan terlama di negara ini.
Dengan tagline "Shopping Awal Tak Kalut", festival ini bukan sekadar pameran jualan biasa tetapi merupakan pengalaman unik yang menggabungkan festival raya dan festival makanan dalam satu acara. Pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan bertuah harian dengan lebih 300 gold coin serta hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik (EV Car).
Ketua Pegawai Eksekutif Mivas City Sdn Bhd selaku penganjur berkata, "Festival ini dirancang khusus untuk memberi pengalaman membeli-belah yang lebih santai dan teratur kepada orang ramai. Kami mahu pengunjung dapat membuat persiapan raya tanpa rasa kalut atau terburu-buru."
![]() |
Hafiidzzul (CEO Mivas City Sdn Bhd) ketika menjawab soalan media. |
Keunikan festival turut dipertingkatkan dengan adanya live booth percuma bagi vendor terpilih serta sesi podcast harian yang akan membincangkan pelbagai topik berkaitan persiapan raya dan trend terkini. Festival ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran jenama terkenal seperti Prima Valet serta selebriti dan influencer popular antaranya Ashraf Muslim, Kak KM, Emy Takal, Ifik Takal, Bella Hanna, Aisyah Rahim, Nurul Ellyna, Iddin Ramli dan beberapa food influencers lain.
Festival Gerobok Biru Gegak Gempita Raya menawarkan pelbagai pilihan fesyen raya, biskut tradisional, gajet dan telco, dekorasi rumah, produk kecantikan dan banyak lagi di bawah satu bumbung. Acara ini mendapat sokongan daripada WTC Kuala Lumpur sebagai Official Venue, Specta sebagai Strategic Partner, Rasa Fusion Food Festival sebagai Official Food Festival, Ombak Exclusive sebagai Official Printing Partner serta VNM Studio sebagai Official Media Partner.
Orang ramai dijemput untuk menyaksikan kemeriahan festival ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mivas City Sdn Bhd melalui email di sales.gerobokbiru@gmail.com atau layari laman sosial media mereka di TikTok, Facebook dan Instagram: @gerobokbiru.
Comments
Post a Comment