HLB Melancarkan Kempen 'Senyum-Senyum Raya' dengan Lagu Raya oleh Duta HLB, Alif Satar



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR, 20 MAC 2025 - Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) telah melancarkan kempen 'Amalan' sempena Hari Raya Aidilfitri yang menekankan amalan baik termasuk pengurusan kewangan bijak sebagai sumber kesyukuran dan kebahagiaan.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, pihak Bank telah memperkenalkan lagu dan video muzik Raya bertajuk 'Senyum-Senyum Raya' yang menampilkan duta HLB, Alif Satar. Lagu ciptaan Yusuff Khan, Adam Armin, Adly Kiddy dan Ja'a yang dinyanyikan oleh Alif Satar & The Locos ini menyampaikan mesej kesyukuran dan kegembiraan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Kevin Lam, menegaskan komitmen Bank dalam menyediakan perkhidmatan dan produk kewangan yang membantu pelanggan menguruskan kewangan secara bijak. Beliau menyatakan hasrat untuk memperluas penyelesaian kewangan yang diperibadikan kepada lebih ramai pelanggan, dengan Hong Leong Islamic Bank memainkan peranan penting melalui produk dan perkhidmatan perbankan patuh Syariah yang memenuhi keperluan unik pelanggan.

Zalman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB menjelaskan kempen tahun ini agak berbeza dengan mesej berteraskan konsep 'amalan' yang menjadi sumber kepada segala 'senyuman' dan kesyukuran terutamanya pada musim Raya. Beliau berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memupuk amalan kewangan yang mampan.


Alif Satar yang telah menjadi duta HLB selama tiga tahun, berkongsi keterujaan beliau terhadap projek ini, mengatakan ia bukan sekadar lagu biasa tetapi juga membawa mesej positif dengan 'vibe' yang ceria sesuai dengan suasana Raya.

Dalam semangat amalan baik, HLB telah bekerjasama dengan foodpanda untuk menjalankan program pengagihan makanan kepada 1,000 penghantar foodpanda, serta menaja jamuan berbuka puasa untuk lebih 300 penghantar di Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perak.

Bank juga aktif menjalankan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), dengan kakitangan HLB menyumbangkan pek makanan dan menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan pelbagai rumah kebajikan di seluruh negara. Baru-baru ini, HLB telah melepasi sumbangan kakitangan sebanyak RM100,000 dalam bentuk pek makanan dan keperluan harian kepada rumah-rumah kebajikan.

Lagu 'Senyum-Senyum Raya' telah dilancarkan secara rasmi pada 14 Mac 2025 di semua platform muzik digital manakala video muzik rasmi pula telah dilancarkan pada 17 Mac 2025 di saluran YouTube Hong Leong Bank.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan