KL Wellness City Lancar Majlis "Sejahtera Raya" Sambil Hulur Bantuan Kepada Anak Yatim
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR 20 MAC 2025 - KL Wellness City (KLWC) telah menganjurkan majlis "Sejahtera Raya Bersama KLWC" di Galeri Pameran mereka di Bukit Jalil, menonjolkan komitmen syarikat tersebut dalam memupuk semangat kemasyarakatan dan keterangkuman pelbagai kaum di Malaysia.
Majlis yang dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Hamim, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menyaksikan persembahan budaya, hidangan tradisional dan tayangan perdana muzik video yang menampilkan 25 kakitangan KLWC.
Tuan Haji Mohamad, yang mewakili Dato' Seri TPr (Dr.) Maimunah Binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, memuji usaha KLWC dalam memupuk perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat sempena musim perayaan ini. "Di ambang sambutan Hari Raya, kita diingatkan tentang kepentingan kebersamaan, kemurahan hati dan kesejahteraan," katanya.
Y.M. Tengku Dato' Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj turut hadir sebagai Tetamu Kehormat bersama tetamu-tetamu lain.
Acara ini bukan sekadar sambutan perayaan, tetapi juga platform untuk menyumbang kepada masyarakat. KLWC menghulurkan bantuan sebanyak RM12,500 kepada lima rumah anak yatim iaitu Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah Klang, Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor, Rumah Perlindungan Nur Qaseh, Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim Miskin Selangor, dan Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM).
Sementara itu, KLWC terus maju dalam pembangunan hab kesejahteraan bertaraf dunia dengan Fasa Satu yang telah dilancarkan pada Mei 2024 kini mencapai kemajuan 50% struktur lebih awal daripada jadual. KL International Hospital (KLIH) dan The Nobel Healthcare Park dijangka akan dibuka pada separuh kedua tahun 2026.
Tuan Haji Mohamad menekankan potensi KLWC dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan penjagaan kesihatan global. Beliau memuji reka bentuk bandar yang mesra kerusi roda dan Taman Pusat seluas 1.33 ekar yang berorientasikan kehidupan lestari.
International Hospital dan The Nobel Healthcare Park, menunjukkan komitmen terhadap kelestarian dan kecekapan tenaga.
Orang ramai dijemput untuk menghadiri Rumah Terbuka "Sejahtera Raya Bersama KLWC" pada 19 April, dari jam 10 pagi hingga 1 petang di Galeri KLWC, Bukit Jalil untuk menikmati kemeriahan perayaan dengan hidangan tradisional dan pelbagai aktiviti menarik.
Comments
Post a Comment