Dato' Afdlin Yakin Capai Kemenangan di Cabang PKR Setiawangsa Selepas Tewas Tipis Pemilihan Lepas
Oleh: Norazni Ismail.
SETIAWANGSA, 19 APRIL 2025 - Dato' Afdlin Shauki dengan tegas menafikan dakwaan terlibat dalam salah laku perolehan projek DBKL bernilai RM4 juta yang tersebar di media sosial baru-baru ini. Beliau menegaskan tiada satu pun projek yang diperoleh daripada DBKL dan SPRM telah mengesahkan bahawa beliau tidak bersalah.
"Ada warga maya yang mendakwa saya terlepas kerana pakai kabel. Benar! Saya guna kabel iaitu dengan doa setiap hari kepada Allah," katanya, merujuk kepada satu-satunya "pengaruh" yang beliau percayai.
Selain berkecimpung dalam dunia hiburan, Dato' Afdlin juga aktif dalam kegiatan kebajikan melalui Yayasan Afdlin Shauki (YAS) yang telah memimpin pelbagai misi bantuan tempatan dan antarabangsa termasuk pembinaan "Taman Malaysia" di Syria serta pemberian minyak percuma dan bakul makanan kepada komuniti berpendapatan rendah di Malaysia.
Pada masa ini, Dato' Afdlin sedang mengukuhkan kempen "Mesra Setiawangsa" untuk Cabang PKR Setiawangsa dan yakin mampu mendapat sokongan lebih 50% pengundi sah PKR berdasarkan pemilihan lepas di mana beliau tewas dengan hanya lebih 100 undian.
Seiring dengan kerjaya politiknya, Dato' Afdlin juga sedang menghasilkan skrip filem terbaharu berjudul "Baik Punya YB", sebuah komedi sinikal yang menyentuh isu korupsi dan kepalsuan dalam dunia politik melalui pendekatan sindiran.
Comments
Post a Comment