FILEM CITRA APARTMENT DAN LAKHUS DIPERKENAL DALAM MAJLIS PUNG PANG RAYA MIG

 


Oleh: Norazni Ismail.

PETALING JAYA, 28 APRI; 2025 - Syarikat produksi MIG telah menganjurkan Majlis Pung Pang Raya yang meriah bersama barisan pelakon filem Citra Apartment dan Lakhus Penghulu Jin di M World Hotel, Petaling Jaya hari ini. Majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk menyambut perayaan Aidilfitri, tetapi juga sebagai platform untuk mempromosikan kedua-dua filem tersebut.

Filem Citra Apartment yang menampilkan barisan pelakon seperti Elisya Sandha, Liang Chia, Razdan Shamsudin dan Hanna Halim bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 3 Julai 2025. Menurut penerbit filem tersebut, Jason Teo, Citra Apartment mengangkat konsep timeloop yang menarik walaupun bukan sesuatu yang baharu dalam dunia perfileman.

"Walaupun konsep timeloop bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi ia mempunyai daya tarikan tersendiri dan kami yakin filem ini dapat memenuhi kehendak serta selera penonton," kata Jason.

Filem Citra Apartment diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Amor Rizan.

Antara pelakon Citra Apartment.

Sementara itu, filem Lakhus Penghulu Jin yang baru menamatkan penggambaran pada Mac lalu kini sedang dalam fasa editing offline. Penerbit filem tersebut, David Teo menyatakan bahawa beliau sentiasa bersama dengan editor sepanjang proses pengeditan bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar.

"Filem Lakhus merupakan filem yang tidak pernah saya terbitkan sebelum ini. Ia mempunyai unsur 'art berat' yang sesuai dengan pengarahnya, Azmir Affendi yang saya pilih sendiri setelah melihat kemampuannya," jelas David.

Beliau turut menyatakan keyakinannya bahawa filem Lakhus Penghulu Jin bakal menjadi pemangkin aras baharu untuk filem terbitan MIG dan dijangka akan ditayangkan pada hujung tahun ini.

Filem Lakhus Penghulu Jin menampilkan barisan pelakon hebat seperti Qi Razali, Yasmin Hani, Maria Farida, Namron dan Nais Anuar di bawah arahan pengarah baharu, Azmir Affendi.

Antara pelakon Lakhus.

Dalam perkembangan lain, MIG bakal memulakan penggambaran filem arahan Pierre Andre bertajuk Nar'Sata: Sekutu Setan pada Mei ini. Filem bergenre Horror Thriller ini merupakan filem ketiga Pierre Andre bersama MIG selepas 10 tahun beliau menghilangkan diri dari industri perfileman tempatan.

Selain itu, syarikat produksi tersebut juga akan menerbitkan sebuah filem bergenre Heavy Drama arahan Eyra Rahman yang dijangka akan memulakan penggambaran pada September tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan