Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Pembukaan Kapsul Masa Wawasan 2020 di KL Tower
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR 13 APRIL 2025- Sebuah majlis istimewa yang menggabungkan sambutan Aidilfitri dan peristiwa bersejarah akan berlangsung hari ini di ibu negara. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersempena dengan Pembukaan Kapsul Masa Wawasan 2020 akan diadakan pada Ahad, 13 April 2025 di Terrace, Menara Kuala Lumpur dari jam 10:30 pagi hingga 2:00 petang.
Acara ini akan dihadiri oleh tetamu kehormat, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan dianjurkan oleh Dato' Abdul Hamid Shaikh. Majlis ini merupakan gabungan unik antara sambutan keagamaan dan peristiwa bersejarah negara, iaitu pembukaan kapsul masa Wawasan 2020 yang telah diletakkan beberapa tahun lalu.
Antara barang-barang yang dikeluarkan dari kapsul masa itu terdiri dari poster Menara KL, foto-foto Menara KL, video tape, VCD, kad perniagaan dan lain-lian.
Jemputan terbuka kepada orang ramai untuk turut serta dalam acara ini yang dijangka akan menjadi platform perpaduan sambil menghayati pencapaian Malaysia dalam perjalanan Wawasan 2020. Penganjur majlis menggalakkan kehadiran masyarakat pelbagai kaum untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri dalam semangat muhibbah dan pada masa yang sama menyaksikan pembukaan kapsul masa bersejarah.
Menara KL Tower sebagai mercu tanda ikonik negara telah dipilih sebagai lokasi bersesuaian untuk majlis gabungan ini, memandangkan peranannya yang signifikan dalam landskap pembangunan Malaysia. Para pengunjung dinasihatkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan memandangkan acara ini dijangka menarik minat ramai.
Comments
Post a Comment