MENARA KL SERAH KAPSUL MASA WAWASAN 2020 KEPADA ARKIB NEGARA



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR, 14 April 2025 - Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd telah menyerahkan kapsul masa Wawasan 2020 kepada Arkib Negara selepas dibuka oleh bekas Perdana Menteri, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis khas semalam.

Kapsul masa yang mengandungi pelbagai dokumen bersejarah berkaitan Wawasan 2020 telah dibuka dalam satu acara yang dianjurkan dengan kerjasama Hydroshoppe Sdn Bhd. Pihak Jabatan Warisan Negara dan Arkib Negara turut dijemput untuk menghadiri majlis pembukaan bersejarah tersebut.

Selepas pembukaan rasmi oleh Tun Dr Mahathir, kapsul masa tersebut telah diserahkan kepada Arkib Negara untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan dokumen-dokumen penting di dalamnya. Ini memastikan bahan-bahan bersejarah tersebut dapat dipelihara dengan baik dan boleh diakses oleh orang awam pada masa hadapan.

Pihak Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd menegaskan bahawa tanggungjawab penjagaan kapsul masa tersebut kini telah beralih sepenuhnya kepada Arkib Negara. Kapsul masa itu dijangka akan dipamerkan di Arkib Negara untuk tontonan umum tidak lama lagi.



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan