Malam Magis Bersama Nadin Amizah: Melintasi Selat Melaka, Dari Jakarta ke Kuala Lumpur



Oleh: Eqmal Ezad.

KUALAL LUMPUR 15 MEI 2025- Penyanyi terkenal Indonesia, Nadin Amizah, akan mengadakan persembahan istimewa bertajuk 'Persembahan Malam Mendengar Nadin Amizah dari Jakarta ke Kuala Lumpur' pada 16 Mei 2025, jam 8 malam, di Zepp Kuala Lumpur setelah menerima sambutan hangat daripada peminat di Malaysia.

Persembahan kali ini akan menampilkan susunan muzik orkestra yang baharu, memberikan dimensi berbeza kepada lagu-lagu popular Nadin dalam suasana yang lebih intim dan eksklusif, sekaligus menjadikannya acara yang wajib dihadiri oleh peminat muzik indie dan alternatif.

Menurut Nadin, beliau berasa teruja tetapi pada masa sama gementar untuk memenuhi jangkaan peminat di Malaysia, dan berharap mereka dapat menyaksikan perkembangan dirinya sebagai seorang pemuzik sejak kali pertama mengadakan persembahan di negara ini.


Penganjur acara dari Renjana Idea, Siti Azlina menegaskan bahawa 'Malam Mendengar' bukan sekadar persembahan biasa tetapi merupakan satu perjalanan muzik yang mendalam dan memberi peluang kepada penonton untuk merasai pengalaman penuh emosi bersama Nadin Amizah.

Tiket persembahan ini mula dijual pada 12 Februari 2025 dengan pelbagai kategori iaitu Tawa (RM658), Sorak Sorai (RM258), Sorai (RM238), Kekal (RM248) dan Bunga Tidur (RM178), dengan tambahan RM298 bagi sesi Meet & Greet, boleh didapati melalui laman web www.golive-asia.com.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan