RPM Group Lancar Tiga Entiti Hiburan, Anjur Konsert Jelajah Rockology 2025 Bersama Dato' Awie dan Search Kid Din



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR, 06 Mei 2025 - Industri hiburan Malaysia mencatat sejarah baru dengan pelancaran rasmi RPM Group of Companies yang menaungi tiga entiti utama dalam industri kreatif tempatan: Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd. (produksi kandungan kreatif), RPM Events Sdn. Bhd. (pengurusan acara), dan RPM Labels Sdn. Bhd. (label rakaman).


Dato' Eddy Amir Salim, Pengarah RPM Group of Companies, menyatakan bahawa penubuhan kumpulan ini merupakan langkah strategik untuk memperkukuh industri hiburan Malaysia dengan pendekatan yang lebih profesional dan tersusun.

Dato' Eddy Amir Salim, Pengarah RPM Group of Companies.

Sempena pelancaran tersebut, RPM Events Sdn. Bhd. turut memperkenalkan Rockology Concert Tour 2025, sebuah jelajah konsert berskala nasional yang akan menampilkan dua nama besar dalam industri muzik rock tanah air, iaitu Dato' Awie dan Search Kid Din.

"Saya terima pelawaan untuk terlibat dalam Rockology Concert Tour 2025 kerana saya percaya pada misi dan semangat di sebalik jelajah ini. Ia bukan sekadar konsert biasa – ini adalah satu gerakan untuk menghidupkan semula jiwa rock tanah air," kata Dato' Awie.

Dato' Awie.

Sebahagian keuntungan konsert ini akan disalurkan kepada program CSR "Konsert Wings Dalam Penjara", sebuah projek untuk menyantuni komuniti yang memerlukan sokongan pemulihan.

Rockology Concert Tour 2025 akan berlangsung di dua lokasi: North Chapter di Midtown Perda, Pulau Pinang pada 21 Jun 2025, dan South Chapter di EduCity Sports Complex, Johor pada 5 Julai 2025. Jelajah ini dijangka menarik sehingga 15,000 peminat muzik rock dari seluruh Malaysia dan Singapura.

Tiket untuk North Chapter kini boleh dibeli di laman web https://rpm.ubertickets.asia/ dengan harga bermula dari RM98, manakala maklumat jualan tiket untuk South Chapter akan diumumkan kemudian.



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan