DADALI BAKAL HIPNOTIS PEMINAT DENGAN KONSERT "SEBUAH KISAH" DI KUALA LUMPUR



Oleh: Eqmal Ezad.

KUALA LUMPUR 04 JUN 2025 - Band balada terkenal Indonesia, Dadali, yang dikenali sebagai "King of Sad Song" bakal mengadakan konsert eksklusif bertajuk "Sebuah Kisah Volume 1" di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu, 5 Julai 2025, bermula jam 9:00 malam hingga 11:00 malam. Konsert yang dijangka menjadi medan luahan perasaan ini akan membawakan peminat melalui perjalanan emosi dengan rangkaian lagu-lagu hit yang sinonim dengan kisah patah hati dan harapan cinta.

Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan termasuklah "Disaat Aku Mencintaimu", "Disaat Aku Tersakiti", "Disaat Sendiri", dan "Sebuah Kisah" yang telah menjadi soundtrack kepada pelbagai kisah cinta dan kehilangan. Konsert ini turut akan menampilkan penampilan khas daripada penyanyi tersohor Malaysia, Ronnie Hussein, yang pasti akan menambahkan lagi kemeriahan dan nilai tempatan kepada persembahan malam tersebut.

Penganjur telah menyediakan empat kategori tiket untuk memenuhi keperluan pelbagai segmen peminat. Tiket termurah "Di Saat Aku Mencintaimu" dijual pada harga RM188 untuk kategori free standing, manakala tiket "Di Saat Sendiri" berharga RM228 menawarkan tempat duduk biasa. Bagi yang mahukan pengalaman premium, tiket "Di Saat Aku Tersakiti" pada harga RM258 menyediakan tempat duduk premium, sementara pakej VIP "Sebuah Kisah" yang berharga RM588 menawarkan VIP box untuk maksimum 12 orang termasuk sesi meet and greet eksklusif dengan ahli kumpulan.


Kemudahan pembelian tiket turut dipermudahkan dengan pilihan "Buy Now, Pay Later" melalui platform Atome, SPayLater, dan Grab PayLater, dengan ansuran bulanan bermula serendah RM53.14 sebulan. Inisiatif ini membolehkan peminat memiliki tiket mengikut kemampuan bajet masing-masing tanpa perlu membayar secara sekaligus.

Konsert yang dianjurkan oleh Ultimate Teamworks Malaysia, Ultimate Media, dan BIZCreations ini turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan kempen Visit Malaysia 2026, menjadikannya sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkasakan industri pelancongan dan hiburan tempatan. Tiket kini boleh dibeli di www.myticketempire.com dan dijangka akan menjadi rebutan memandangkan populariti Dadali di kalangan peminat muzik balada di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan