EXISTS Persembahkan Konsert Premium Eksklusif di Petaling Jaya Oktober Ini



Oleh: Papadin.

PUTRAJAYA 30 JUN 2025- EXISTS yang dianggotai Ujang, Ajai, Musa, Along dan Ezad bakal menggegarkan pentas JioSpace, Petaling Jaya dengan konsert bertaraf premium pada 4 Oktober 2025. EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ dijangka bermula pukul 8.30 malam ini menjanjikan pengalaman muzik yang berbeza dan lebih intim berbanding konsert-konsert sebelumnya, sekaligus membuktikan kredibiliti mereka sebagai kumpulan era 90-an yang paling laris dalam pasaran penganjuran konsert masa kini.

Sean Ng dari JioBuddy selaku penganjur menegaskan bahawa walaupun EXISTS boleh dilihat 'di mana-mana' kerana permintaan yang tinggi terhadap kumpulan asal Johor Bahru ini, EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ akan menawarkan sesuatu yang istimewa. Beliau memberi jaminan konsert ini akan bertaraf premium dari segi permainan muzik, kualiti audio dan pengalaman yang lebih peribadi buat peminat yang hadir. Konsert ini direka khusus untuk memberikan suasana yang lebih intim berbanding persembahan biasa mereka yang sering 'back to back' sepanjang tahun kebelakangan.


Along dari EXISTS turut menyifatkan konsert ini sebagai kembara muzik yang berbeza, di mana peminat bukan sahaja menikmati muzik tetapi bakal memiliki barangan eksklusif EXISTS. "Muzik kami akan menyentuh dan menjalar dalam tubuh peminat dengan rasa yang sangat premium. Hanya mereka yang hadir dapat mendefinisikan makna premium atau mewah yang dihidangkan EXISTS," ujarnya. Sebagai kumpulan yang matang dalam muzik dan mengendalikan peminat, EXISTS mahu konsert ini memiliki pesona mewah tersendiri yang tidak dapat ditemui di tempat lain.

Peminat berpeluang mendapatkan tiket dalam tiga kategori iaitu Premium (RM588), VIP (RM488) dan Diamond (RM368) melalui www.jiotix.asia atau talian hotline +6011 1660 1122 khusus untuk orang kelainan upaya. Sebagai tarikan tambahan, 100 peminat bertuah akan berpeluang bergambar secara peribadi bersama setiap anggota EXISTS, menjadikan pengalaman ini lebih eksklusif dan berbaloi. Konsert yang dijangka memenuhi ruang JioSpace ini membuktikan EXISTS masih relevan dan diminati walaupun telah berkarya sejak akhir 1991.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA