GGR Motor Cipta Sejarah Dengan Pelancaran Motosikal EV Lion G1 Pada Harga Subsidi RM1,599

 


Oleh: Norazni Ismail.

KUALAL LUMPUR 28 JUN 2025- GGR Motor (M) Sdn Bhd hari ini melakar babak bersejarah dalam industri automotif tanah air dengan melancarkan motosikal elektrik pertama keluarannya, Lion G1, pada harga subsidi yang sangat mampu milik iaitu RM1,599 menerusi program MARiiCas. Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan di Saloma KLCC ini turut dihadiri Pengerusi GGR Motor, Tengku Syarif Temenggong Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail dan Ketua Pengarah MARA, Dato' Zulfikri Osman. Model Lion G1 yang bermotor berkuasa 3,000 watt ini mampu menempuh jarak sehingga 120 kilometer bagi setiap cas penuh dengan pengecasan pantas 50 peratus dalam masa 1 jam 30 minit, serta dilengkapi jaminan waranti menyeluruh sehingga 50,000 kilometer. Walaupun harga asas RM3,999, pengguna hanya perlu membayar RM1,599 selepas subsidi, dan sehingga kini sebanyak 3,000 unit telah terjual sejak pra-pelancaran dengan penyerahan pertama 1,000 unit dijadualkan bermula hujung Julai ini.


Selain pelancaran bersejarah tersebut, GGR Motor turut menganjurkan Karnival EV Rider Malaysia 2025 yang menghimpunkan pemain industri, pengguna, agensi kerajaan dan komuniti EV dari dalam dan luar negara. Karnival yang bermula jam 8 pagi itu diserikan dengan kehadiran artis tempatan seperti Ajak Shiro, Nabil Ahmad, Johan, Cat Farish, Amer Masdi, Ronnie Hussein, Black Hanifah, Bella Astillah, Akhmal Nazri, Farid Kamil, Aaron Aziz dan usahawan terkenal Dato' Seri Aliff Shukri, serta persembahan band indie Jemson, The Woohoo, Iqbal dan gabungan DJ tempatan dan antarabangsa. Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussaddiq Mohamed Azmi menegaskan visi syarikat "Satu Rumah, Satu EV" bukan sekadar slogan tetapi aspirasi memastikan setiap isi rumah Malaysia memiliki pilihan mobiliti mampu milik dan berkualiti tinggi tanpa mengira latar belakang. Inisiatif ini dijalankan bersama rakan strategik PMH Motor Sdn Bhd dan sokongan pelbagai rakan industri termasuk BATERIKU, PETRONAS Lubricants serta kolaborasi antarabangsa dengan pengilang China dan Thailand, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab permotoran EV serantau dan menjadikan GGR Motor sebagai pengeluar motosikal EV milik penuh usahawan Bumiputera pertama di Malaysia.


Motor elektrik (EV) kini semakin mendapat tempat di hati pengguna Malaysia dengan rekod jualan yang memberangsangkan, namun masih terdapat kebimbangan mengenai keselamatan bateri. Bateri motor EV sebenarnya boleh dikeluarkan dengan mudah dan dicas di rumah seperti mengecas telefon bimbit, memberikan fleksibiliti yang tinggi kepada pengguna. Yang paling penting, bateri ini dilengkapi dengan sistem pengurusan bateri (BMS) yang berfungsi sebagai mekanisme keselamatan automatik untuk memutuskan bekalan kuasa sebelum sebarang insiden berlaku. Sistem ini memastikan bateri tidak akan meletup dan hanya mengeluarkan asap sekiranya berlaku masalah, berbeza dengan anggapan umum yang mengatakan bateri EV mudah meletup.

Dari segi kos operasi, motor EV terbukti lebih menjimatkan berbanding motor petrol dengan penjimatan sehingga 40% berdasarkan ujian perbandingan jarak 100km. Bateri yang digunakan telah melalui ujian ketahanan yang ketat sehingga 200% suhu tinggi di kilang berkualiti tinggi untuk memastikan daya tahan dan keselamatan. Setakat ini, tiada kes letupan bateri motor EV dilaporkan di Malaysia, membuktikan teknologi ini selamat untuk digunakan. Pengilang tempatan turut merancang untuk berkongsi maklumat perbandingan terperinci antara motor petrol dan EV melalui media sosial bagi membantu pengguna memahami kelebihan sebenar teknologi hijau ini


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA