Kolaborasi Sensasi: Rossa, Hael Husaini & The Ladies Bakal Gegar Konsert 'Here I Am' KL



KUALA LUMPUR: Selepas melakar kejayaan memukau dengan kehadiran lebih 12,000 peminat yang membanjiri konsert 'Here I Am' di Indonesia Arena Jakarta, penyanyi tersohor Indonesia Datuk Seri Rossa kini bersedia membawa keajaiban yang sama ke Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun ini. Konsert mega ini bukan sekadar memahat keampuhan Rossa sebagai penghibur, malah simbolik penghormatan istimewa buat peminat setianya di Malaysia, negara kedua yang menjadi saksi perjalanan muziknya selama hampir tiga dekad.

"Malaysia sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam hidup dan kerjaya saya. Di negara ini, kerjaya nyanyian saya mekar dan berkembang sehingga nama Rossa dikenali pencinta muzik serantau. 'Here I Am' bukan sekadar sebuah konsert, sebaliknya ia juga hadiah dan perayaan cinta saya kepada peminat di negara ini yang selama ini begitu teguh menyokong perjalanan seni saya," kata Rossa. Pada konsert sold out berdurasi lebih dua jam yang berlangsung pada 23 Mei lalu, Rossa membawakan lebih 25 lagu ikonik sepanjang karier gemilangnya antaranya 'Tegar', 'Hati Yang Kau Sakiti', 'Terlalu Cinta', 'Pudar' dan 'Aku Bukan Untukmu'.

Setelah mencetus fenomena luar biasa di negara kelahiran, Rossa kini bersedia meneruskan perjalanan magis itu di Axiata Arena ditemani dua bintang tamu istimewa iaitu Hael Husaini dan The Ladies yang dibarisi bintang Indonesian Idol Rimar, Jemimah, Awdella dan Syarla. "Saya sangat menghormati dan mengagumi bakat luar biasa Hael yang memberikan 'jiwa' dalam setiap lagu yang disampaikannya. Setiap bait yang dinyanyikan Hael punya 'rasa' dan itu perkara utama yang saya cari dalam kolaborasi," ujar Rossa yang sudah tidak sabar membawakan sesuatu yang eksklusif bersama Hael khusus buat penonton di Malaysia.

Konsert 'Here I Am' di Kuala Lumpur menjadi lebih bermakna dengan kemunculan barisan sahabat dan rakan seni yang begitu dekat di hatinya antaranya Ariel Noah yang akan berkongsi pentas menerusi duet penuh makna, selain bergandingan dengan penyanyi hebat Ernie Zakri. Kemunculan MK K-Clique pula bakal menyuntik tenaga muda dan dinamik, memperlihatkan sisi segar dalam perjalanan muzik Rossa yang sentiasa berevolusi, manakala Dipha Barus sebagai DJ dan produser muzik akan memberi sentuhan berbeza dan penuh kejutan. Sebagai penghargaan terhadap bakat baharu tempatan, Rossa juga menampilkan Top 4 One In A Million iaitu Marygrace, Kai Deva, Jimi dan Zazzleen dalam persembahan istimewa yang membuktikan muzik menyatukan anak seni berbeza generasi.

Konsert 'Here I Am' dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama promosi dan pemasaran dari Sah Entertainment. Harga tiket bermula dari RM228 untuk kategori Festival hingga RM788 bagi kategori Diamond Center tidak termasuk cukai dan yuran pentadbiran boleh diperoleh menerusi platform www.ticket2u.com.my, manakala untuk tiket korporat boleh menghubungi Puan Cik Rohaiza di talian 019-288 9764 atau e-mel rossa@yayasanprihatin.com.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan