PERCUMA 30 Hari! UniPin & Viu Malaysia Bagi Hadiah Ribuan Ringgit.
![]() |
Nicholas How (SVP, Group Marketing, UniPin) dan Eric Siew (Head of Marketing & Partnership, VIU Malaysia) |
Oleh: Eqmal Ezad.
KUALA LUMPUR 20 JUN 2025 - Dalam satu kolaborasi yang menarik perhatian, UniPin dan Viu Malaysia bergabung tenaga untuk menawarkan pakej istimewa kepada pengguna Malaysia yang gemar menonton drama dan bermain permainan dalam talian. Kolaborasi ini membolehkan pengguna mendapatkan langganan premium percuma selama 30 hari hanya dengan mendaftar akaun di laman web unipin.com secara percuma.
Kolaborasi ini lahir daripada pemahaman mendalam tentang minat rakyat Malaysia yang sangat menggemari hiburan seperti wayang, drama tempatan, K-drama, dan permainan dalam talian. Pengguna hanya perlu melayari unipin.com dan menghantar saluran mereka untuk mendapatkan akses premium percuma yang bernilai tinggi ini. Tawaran ini terbuka kepada semua pengguna, sama ada pengguna baru mahupun pengguna sedia ada, kerana pihak penganjur mahu memberikan nilai tambah kepada kedua-dua kategori pengguna.
Bagi pengguna Viu Malaysia, mereka akan mendapat akses penuh kepada semua drama dan kandungan premium selama 30 hari tanpa sebarang bayaran. Selepas tempoh percubaan berakhir, pengguna bebas memilih untuk meneruskan langganan atau membatalkannya tanpa sebarang komitmen. Sementara itu, pengguna UniPin akan mendapat akaun kekal yang memberikan mereka kelebihan istimewa dalam pembelian kredit permainan.
Antara kelebihan utama UniPin ialah sistem rebat 7% untuk setiap pembelian top-up permainan popular seperti Mobile Legends, Genshin Impact, CODM, PUBG dan Candy Crush. Berbanding platform lain yang memberikan nilai setara dengan jumlah pembelian, UniPay memberikan 7% lebih banyak kredit kepada pengguna. Sebagai contoh, jika pengguna membeli kredit bernilai RM10, mereka akan menerima nilai tambahan sebanyak 7%, yang bermakna lebih banyak berlian atau mata wang dalam permainan untuk pengalaman gaming yang lebih menguntungkan.
![]() |
Nicholas How (SVP, Group Marketing, UniPin) ketika memberi penerangan mengenai kolaborasi bersama Viu Malaysia. |
Comments
Post a Comment