Selepas Lama Berdiam ABOI Tampil Dengan Semangat Baharu



Oleh: Eqmal Ezad.

KUALA LUMPUR 16 JUN 2025- Kumpulan punk rock Aboy yang popular pada awal tahun 2000-an akhirnya mengumumkan comeback mereka selepas bertahun-tahun berhenti daripada industri muzik. Menurut OG, vokalis utama kumpulan ini, keputusan untuk kembali beraksi bukan dibuat secara tiba-tiba tetapi berdasarkan kesesuaian masa dan komitmen yang telah dirancang dengan teliti. "Bila kita dah commit tu kan, sebab bila kita dah comeback tu maksudnya dah ada satu keadaan ataupun commitment yang kita perlu settle tu banyak, jadi kita kena fokus," jelas OG mengenai keputusan mereka untuk aktif semula dalam industri muzik tempatan.

Sepanjang tempoh berehat, Aboi sebenarnya tidak berhenti sepenuhnya daripada persembahan tetapi mereka hanya membawa lagu-lagu lama ke pentas tanpa mengeluarkan material baharu. Situasi ini berubah apabila peminat semakin kerap meminta mereka untuk mengeluarkan lagu baharu. Kumpulan ini turut mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah menyiapkan projek album akustik bertajuk "Aboi Acoustic" sebelum pandemik COVID-19 melanda, namun terpaksa ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Projek tersebut kini dirancang untuk diteruskan dalam bentuk konsert langsung yang akan dirakam dan dikeluarkan kemudian atas permintaan peminat yang mahukan versi akustik lagu-lagu Aboy.

Comeback rasmi Aboi akan bermula dengan persembahan di AMK (Aku, Music Dan Kamu) Festival yang bakal berlangsung di Sepang International Circuit pada 26 Julai 2025. Dalam konsert tersebut, mereka akan memperkenalkan single terbaru kepada peminat yang hadir, mengekalkan gaya ska punk yang menjadi identiti mereka selama ini. Kumpulan yang kini terdiri daripada tiga ahli selepas Ojan memutuskan untuk berundur diri pada tahun 2000 akibat masalah komitmen, turut akan mengadakan lawatan ke Sabah sebagai sambungan daripada tour "Selama Aje" yang pernah mereka anjurkan pada tahun 2010.



Bagi masa depan, Aboi merancang untuk mengeluarkan mini album yang mengandungi lima lagu baharu dan kini beroperasi secara bebas tanpa bergantung kepada mana-mana syarikat rakaman. Mereka akan menjual album fizikal secara terus dalam talian kepada peminat yang ingin menyimpan koleksi muzik mereka. OG menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang tidak pernah berhenti menyokong dan sentiasa bertanya tentang comeback mereka, yang akhirnya menjadi pendorong utama untuk mereka kembali aktif dalam industri muzik Malaysia selepas sekian lama.




Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA