SEPANG SPEED & SOUL 2025: Festival Mega Auto & Gaya Hidup Malaysia masuk PERCUMA.



Oleh: Eqmal Ezad.

KUALA LUMPUR, 11 JUN 2025 – Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia (MALF) 2025 akan menjadi acara automotif paling meriah tahun ini apabila menggabungkan kelajuan, gaya dan identiti budaya Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang pada 14 dan 15 Jun 2025. Berbeza dengan ekspo automotif biasa, festival tempatan ini meraikan identiti 1Malaysia di pentas serantau dengan persembahan budaya tradisional mewakili semua etnik utama di negara ini, menjadikannya destinasi wajib untuk peminat permotoran dan keluarga Malaysia.

Festival yang dianjurkan oleh KL Works ini menawarkan pelbagai tarikan menarik termasuk demonstrasi drift yang memukau, pameran kereta retro dan perhimpunan kelab kereta terbesar di Malaysia dengan lebih 800 kereta dipamerkan. Pengunjung juga berpeluang menikmati hari litar rasmi, aksi demo oleh pemandu lagenda dan akses eksklusif ke kawasan pit, manakala persembahan budaya tradisional yang dinamik dan tarian etnik pribumi Borneo akan memeriahkan lagi suasana festival. Kemeriahan turut diperkaya dengan bazaar makanan yang menyediakan pelbagai citarasa tempatan serta zon kanak-kanak dan ruang eksklusif wanita lengkap dengan urutan dan penjagaan kuku.

Ketua Pegawai Eksekutif KL Works merangkap Penganjur Utama MALF 2025, Malcolm Khoo berkata festival ini mencerminkan siapa rakyat Malaysia sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum, bertenaga dan sentiasa maju ke hadapan. "Festival MALF 2025 ini meraikan semua rakyat Malaysia, dan kami berbesar hati dapat menganjurkannya," jelas beliau.

Pengaruh festival ini semakin meluas di peringkat serantau dengan penyertaan memberangsangkan dari Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia, mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu perhimpunan gaya hidup otomotif paling meriah di Asia Tenggara.

Berita gembira untuk semua peminat automotif dan keluarga Malaysia kerana kemasukan ke MALF 2025 adalah PERCUMA, menjadikan hujung minggu Hari Bapa ini istimewa dengan gabungan kereta, budaya dan keseronokan keluarga yang sukar dilupakan. Festival ini turut menampilkan Auto Icons Show, Festival Motosikal dan Larian Kopi sebagai tarikan tambahan. Maklumat lanjut boleh diikuti melalui @malfestivalmy di Instagram dan Facebook untuk info terkini dan sorotan menarik sepanjang festival berlangsung.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan