Skandal Dadah Menggegarkan: Masa Depan Industri Muzik Dipertaruhkan
KENYATAAN MEDIA
Music Malaysia memandang serius laporan berkaitan penglibatan seorang artis baharu dalam industri muzik tanah air dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.
Sebagai Timbalan Pengerusi Music Malaysia, saya, Ayob Abd Majid, ingin menegaskan bahawa perbuatan sebegini bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mencemarkan nama baik industri muzik yang dibina atas asas bakat, disiplin dan dedikasi.
Industri muzik adalah wadah seni yang membentuk budaya, memberi inspirasi, dan menyatukan rakyat. Justeru, kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang merosakkan integriti industri demi kepentingan peribadi.
Kami menyeru semua artis, khususnya bakat baharu, agar menjauhi gejala sosial berbahaya seperti dadah. Jadikan seni sebagai platform untuk mengubah hidup ke arah lebih positif, bukan sebaliknya.
Music Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap individu yang didapati melanggar etika dan undang-undang negara.
“Bakat tanpa integriti tidak membawa makna.”
Ayob Abd Majid
Timbalan Pengerusi
Music Malaysia
Comments
Post a Comment