Yayasan Nurjiwa Beri Insentif RM500 kepada Pelajar Cemerlang SPM

Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza (nombor tiga dari kiri) menyampaikan insentif khas kepada wakil pelajar cemerlang pada majlis tersebut.


Oleh: Eqmal Ezad.

 PUTRAJAYA 01 JUN 2025- Yayasan Nurjiwa buat kali pertama memperkenalkan insentif khas sebanyak RM500 kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya memperoleh semua gred A sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan akademik mereka. Program insentif baharu ini merupakan satu langkah berani yayasan dalam memberikan pengiktirafan kepada pelajar cemerlang di seluruh negara.

Melalui kerjasama strategik dengan pusat tuisyen terkemuka PTTI, sebanyak 401 pelajar cemerlang telah menerima insentif ini dengan jumlah keseluruhan mencecah RM200,500. Pengagihan wang insentif ini telah dilaksanakan pada Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini, menandakan komitmen serius yayasan dalam menyokong pencapaian akademik pelajar tempatan.

Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan bahawa inisiatif ini bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan akademik yang cemerlang. Beliau berharap usaha ini dapat memberi dorongan kepada calon SPM pada masa akan datang untuk bekerja lebih keras bagi mendapatkan keputusan yang membanggakan. "Harapan kami agar dengan usaha ini dapat memberikan motivasi kepada calon-calon SPM akan datang berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang sama," katanya ketika berucap di majlis tersebut.

Sebahagian dari pelajar cemerlang bergmbar bersama Pengasas Yayasan Nurjiwa serta Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Siti Farhana Abu Osman. 


Selain program insentif baharu ini, Siti turut berkongsi komitmen berterusan Yayasan Nurjiwa dalam membantu golongan pelajar kurang berkemampuan melalui penyediaan makanan harian. Program bantuan makanan ini telah menjangkau hampir 100 pelajar setiap hari, terutamanya mereka yang berasal dari golongan B40 serta anak-anak yatim yang memerlukan sokongan tambahan untuk meneruskan pendidikan mereka.

Inisiatif penyediaan makanan harian ini sebenarnya telah berlangsung sejak beberapa tahun lalu dan diharapkan dapat membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan di seluruh negara. Yayasan Nurjiwa berkomitmen untuk terus mengembangkan program-program kebajikan dan pendidikan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka dalam membangunkan modal insan Malaysia, khususnya dalam bidang pendidikan dan kesejahteraan pelajar.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan