"Alert Rocker! XPDC (Militia) Metalkestra Bakal Buat Zepp KL 'Tergegar' November Ini"



Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 31 JULAI 2025- Legenda rock heavy metal Malaysia, XPDC, bakal memukau peminat dengan konsert berskala besar bertajuk "XPDC Metalkestra" yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 8 November 2025. Setelah empat dekad berkarya dan mencipta sejarah dalam belantika muzik tempatan, kumpulan yang dikenali sebagai kugiran rock heavy metal terhebat era 80-an ini kembali dengan konsep yang segar namun tetap mempertahankan identiti kental XPDC yang dikenali ramai.

Republic Mokhmah Records selaku penganjur utama merealisasikan impian peminat XPDC dengan mengumumkan konsert yang dijangka bakal menyamai kehebatan Konsert Raksasa XPDC Brutal di Stadium Negara dan Shah Alam pada tahun 1998. Kali ini, Izo, Eddie, Arif, Lola dan Mamu akan tampil dengan penuh karisma membawakan tema Metalkestra yang menggabungkan genre metal dengan permainan orkestra, memberikan dimensi baharu kepada lagu-lagu popular mereka. Encik Musa dari Republic Mokhmah Records menyifatkan penganjuran ini sebagai pembuktian bahawa muzik rock tidak pernah mati ditelan zaman dan berharap dapat menarik bukan sahaja peminat lama tetapi juga generasi baharu yang mengenali XPDC melalui pelbagai platform media sosial.


Konsert ini akan menampilkan repertoire lagu popular XPDC yang kebanyakannya menerima sentuhan ajaib daripada Allahyarham J S Kevin, pengasas kumpulan ini, termasuk hit seperti "Apa Nak Di Kata", "Nafisa", "Kita Peng Yu", "Hidup Bersama", "Hijau Bumi Tuhan" dan "CT Cinta Kenangan Silam". Izo mewakili XPDC menyatakan bahawa gabungan orkestra akan menambah kemewahan lagu-lagu yang dibawakan secara langsung dan konsert ini merupakan apresiasi kepada semangat peminat yang tidak pernah hilang menyokong mereka selama empat dekad ini.

Tiket konsert XPDC Metalkestra mula dijual pada 30 Julai jam 5 petang melalui iLasso Tickets https://www.ilassotickets.com/eventdetails.aspx?eid=DoywWE08zQM= dengan pelbagai kategori bermula RM138 untuk Cat 2 (Darjah Satu - Free standing), RM168 untuk Cat 1 (Kita Peng-yu - Front row standing), RM198 untuk Cat 4 (Samurai - Normal numbered seating), RM338 untuk Cat 3 (Brutal - VIP numbered seating dengan t-shirt dan poster), dan RM5,008 untuk Royal Box yang memuatkan 10 orang dengan sesi Meet & Greet serta goodie bag. Sebagai tarikan tambahan, dua pembeli tiket yang hadir dengan pakaian beragam samurai terbaik akan memenangi hadiah istimewa, manakala tiga gitar Jackson Izo Signature akan diberikan kepada pemenang cabutan bertuah dan pakaian terbaik.



Comments

Popular posts from this blog

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA