Art of Speed Malaysia 2025 Kembali dengan Tema "Custom Ada Gaya"




Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR 04 JULAI 2025 - Acara tahunan terbesar Malaysia yang meraikan budaya Kustom dan Counter Culture, Art of Speed Malaysia 2025 (AOS 2025) akan kembali memukau peminat automotif dan budaya kustom di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 26-27 Julai 2025. Mengusung tema "Kustom Ada Gaya", acara spektakuler ini akan berlangsung dari 10:00 pagi hingga 7:00 petang di kedua-dua hari, mengambil alih keseluruhan kompleks MAEPS dengan ruang dalaman seluas 452,084 kaki persegi dan kawasan luar seluas 320 ekar yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik.

Tahun ini, AOS 2025 menjanjikan pengalaman yang lebih memukau dengan kehadiran 28 tetamu antarabangsa dan VIP dari pelbagai negara termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Australia, Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan dan Brunei. Antara tetamu istimewa yang bakal hadir ialah Shige Suganuma, Hiro "Wildman" Ishii dan Hey Murakamii dari MOONEYES Jepun, Brendon Vetuskey yang merupakan Pereka Produk Hot Wheels dari Amerika Syarikat, serta Darren McKeag dari McKeag Art. Tiga motosikal ubah suai buatan tangan yang hebat turut akan dipamerkan, termasuk BMW R18 "Ground 0" karya Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon, custom Harley-Davidson Knucklehead chopper oleh Masa Sugihara dari Luck MC, dan untuk kali pertama di Malaysia, motosikal Harley-Davidson Flathead hasil sentuhan khas Ben Forster dari Benflathead Australia.


Acara ini memperkenalkan beberapa segmen baharu yang menarik, termasuk World of Wheels (WOW) yang dibawakan oleh MotorTakaful.com di Hall A, studio fotografi berkonsepkan sistem truss untuk kereta di kawasan luar serta studio foto dalaman untuk motosikal Show & Shine. Lima kolaborasi eksklusif turut dilancarkan iaitu Art of Speed x Hot Wheels Collection, Art of Speed x FK untuk rekaan kasut terbaharu, Art of Speed x High Cultured jenama streetwear tempatan, Art of Speed x XOCKS, dan yang paling dinanti-nantikan, Art of Speed x MOONEYES yang meraikan satu dekad kecemerlangan. Hot Wheels Collectors Convention Malaysia ke-3 (HWCCM) juga akan memperkenalkan kereta edisi konvensyen "kiri & kanan" pertama di Asia Tenggara, manakala Dewan C akan menampilkan Collectible Alley yang baharu sebagai lokasi pameran dan jualan diecast serta barangan koleksi.

Peminat muzik pula akan dimanjakan dengan SoundCircus Takeover 2025 yang menampilkan barisan artis hebat seperti Noh Salleh & Restore Iboe, Romantic Echoes, Ruffedge, Luqman Podolski, Sabda Alam, Fugo, Iqbal M, Budak Nakal Hujung Simpang, Chronicalz, 53 Universe, Langkawi Dub Club SoundSystem dan Mai Tummada. Acara ini juga memperkenalkan Pasport Pelawat di mana pengunjung boleh melawati booth jenama, lengkapkan tugasan ringkas, kumpul 6 cop dan berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk tiket perjalanan ke Jepun, Indonesia dan Thailand melalui Wheel of Speed. Tiket Early Bird Weekend Pass dijual pada harga RM35.00 manakala Sunday Pass pada RM40.00, dengan kanak-kanak bawah 12 tahun dan Pemegang Kad OKU boleh masuk secara percuma. Maklumat lanjut boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/.



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA