Dadali Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert Tunggal "Sebuah Kisah"


Oleh: Papadin.

KUALA LUMPUR 04 JULAI 2025- Kumpulan pop Indonesia, Dadali, bakal menggemparkan pentas muzik Malaysia dengan konsert tunggal bertajuk "Sebuah Kisah" di ZEPP Kuala Lumpur pada 5 Julai 2025. Konsert yang dianjurkan oleh Biz Creation dan Ultimate Media ini menandakan kemunculan semula Dadali ke pentas Malaysia selepas 13 tahun sejak pelancaran album mereka di Hard Rock Cafe Malaysia pada 2012. Dengan durasi persembahan selama 2.5 jam, Dadali akan mempersembahkan 18 lagu pilihan yang menggabungkan lagu-lagu hit mereka seperti "Mengapa Kau Pergi" dan "Aishiteru", termasuk lagu-lagu arwah ahli kumpulan yang telah tiada.

Konsert ini istimewa kerana menampilkan kolaborasi eksklusif dengan artis jemputan, Ronnie Hussein, yang dipilih khas sebagai wakil musisi Malaysia. Menurut vokalis Dadali, pemilihan Ronnie Hussein bukan sahaja kerana keserasian genre muzik mereka, tetapi juga sebagai bentuk penghormatan kepada industri muzik Malaysia yang hebat. Ronnie akan mempersembahkan dua lagu solo dan satu duet bersama Dadali, menjanjikan kejutan-kejutan spontan yang akan disesuaikan dengan mood penonton pada malam tersebut.



Ketika di tanya mengenai perkembangan Dadali, Vokalis Dadali, Dyrga menjawab: tidaklah mudah, terutama selepas kehilangan dua ahli kumpulan semasa pandemik COVID-19, iaitu gitaris Yudha dan pemain keyboard mereka. Kini, hanya tinggal vokalis dan pemain gitar melodi Ikar sebagai ahli asal, disokong oleh drummer dari Zivilia, Obot, dan gitaris Richard yang setia. Walaupun menghadapi cabaran berat, Dadali tetap komited untuk meneruskan legasi muzik mereka dan memastikan keluarga arwah ahli kumpulan terjamin melalui royalti lagu-lagu hit mereka..ujarnya.



Konsert "Sebuah Kisah" ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi merupakan tribut kepada arwah ahli kumpulan dan momentum penting bagi Dadali untuk membuktikan kemampuan mereka di pentas antarabangsa. Dengan rancangan untuk mengembangkan konsert ini ke Singapura, Hong Kong, dan Jepan, Dadali berharap dapat memberikan kenangan indah kepada peminat Malaysia dan memulakan babak baharu dalam kerjaya muzik mereka. Tiket tersedia dengan harga bermula RM188 untuk kategori berdiri hingga RM588 untuk bilik VIP.




Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA