"Rockology Johor Tetap Berlangsung - Penganjur Patahkan Spekulasi Pembatalan"


 

Oleh: Norazni Ismail.

JOHOR BAHRU - Pihak penganjur Rockology Concert Tour 2025, RPM Events Sdn. Bhd., menafikan secara rasmi khabar angin yang tersebar di media sosial mengenai pembatalan konsert yang dijadualkan pada 5 Julai 2025 di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri. Dato' Awie, ikon rock tanah air, menegaskan bahawa konsert akan diteruskan seperti biasa dengan menyeru peminat supaya tidak percaya pada cakap-cakap kosong yang disebarkan. "Saya rasa ramai yang tak sabar nak hidupkan malam rock itu dan nak kembalikan nostalgia 80an dan 90an di Johor bersama kami nanti. Walau apa pun yang berlaku kami tetap akan gegarkan EduCity seperti yang dijanjikan," kata beliau.

Konsert bersejarah ini akan menyatukan dua nama besar dalam industri rock Malaysia iaitu Dato' Awie dan Search (Kid Din) dalam satu persembahan eksklusif yang dijangka menggegarkan selatan tanah air. Dato' Eddy, Pengarah RPM Events, menegaskan bahawa Rockology bukan sekadar konsert tetapi merupakan gerakan untuk menghidupkan semula semangat rock sejati di Malaysia. Pihak penganjur komited memberikan pengalaman konsert yang luar biasa dan merakamkan penghargaan atas kepercayaan serta sokongan daripada semua pihak termasuk peminat dan para penaja yang telah menyokong acara ini.


Kejayaan penganjuran konsert ini turut disokong oleh beberapa syarikat terkemuka yang bertindak sebagai penaja rasmi. Antaranya ialah ibis Styles Johor Iskandar Puteri sebagai penaja penginapan artis, Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N) sebagai penaja minuman rasmi, The J & Lesong sebagai penaja makanan dan minuman, serta EMS Services yang menyediakan perkhidmatan perubatan lengkap dengan ambulans dan kakitangan kesihatan bertauliah. Perbadanan Awam Johor (PAJ) turut menyokong sebagai medium promosi bergerak di Bas Muafakat Johor, menjadikan sokongan ini sebagai suntikan semangat besar dalam menganjurkan acara berkualiti tinggi.

Para peminat rock boleh menikmati promosi eksklusif 'Beli 5, Percuma 1' untuk setiap pembelian lima tiket dalam satu transaksi bagi semua kategori tiket yang tersedia dari Free Standing (RM98) hingga Diamond (RM350). Pemegang tiket juga berpeluang memenangi pendrive edisi khas berisi rakaman eksklusif sesi latihan Rockology Concert Tour 2025 bersama Dato' Awie dan Search Kid Din. Tiket boleh didapati secara dalam talian melalui https://rpm.ubertickets.asia/johor atau melalui laman media sosial rasmi RPM Events, dengan konsert bermula pada pukul 8:00 malam di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri pada 5 Julai 2025.



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA