Malaysia Raih Kejayaan Gemilang di Anugerah GILMS Singapura 2025



Oleh: Norazni Ismail.

SEPANG 24 OGOS 2025 - Delegasi Malaysia mencatatkan kejayaan membanggakan apabila memenangi pelbagai kategori dalam Anugerah Cemelang Global Institute of Leadership and Management Singapore (GILMS) 2025 yang berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura. Majlis gilang-gemilang ini menyaksikan Malaysia muncul sebagai negara dengan pemenang terbanyak daripada 10 negara yang terlibat, membuktikan kehebatan bakat tempatan di persada antarabangsa.

YBhg Dato' Dr Hjh Zahirita Azlin muncul sebagai bintang utama dengan memenangi tiga anugerah sekaligus, iaitu Usahawan Wanita Terkemuka 2025, International Entrepreneur Excellence Award, dan dilantik sebagai Duta GILMS. Produk kebanggaannya, LNR yang merupakan semburan rambut mewah, turut menerima International Service Excellence Award 2025. Kejayaan yang mengejutkan ini dicapai dalam tempoh kurang setahun setelah LNR berjaya memasuki pasaran lapan negara dan menjadi trending di kalangan pengguna.

Industri seni Malaysia turut bersinar dengan pencapaian luar biasa artis tempatan. Zul Ariffin memenangi Charismatic Star Distinction Award 2025 dalam kategori lakonan, manakala Dewi Liana Serista dari Sarawak meraih Crown of Beauty, Culture and Talent Ambassador Award atas sumbangan beliau dalam pendidikan vocal percuma di kawasan pedalaman Sarawak. Imran Azim Iskandar, pelajar Aswara pula dinobatkan dalam kategori muzik sebagai wakil tunggal Malaysia untuk album dunia yang melibatkan 197 negara. Tidak ketinggalan, 13 ahli World Stars Malaysia dari Universiti Malaysia Sabah turut menerima Cultural Excellence in International Performing Arts Award atas sumbangan mereka dalam mempromosikan kebudayaan tempatan.

Program anugerah kali pertama GILMS ini menyaksikan sebanyak 61 anugerah diberikan dalam lima kategori utama kepada pemenang dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat, Kanada, Kongo, Bangladesh, Qatar, China dan Australia. Kejayaan delegasi Malaysia ini disokong penuh oleh MOTAC sejak 2008 dan diuruskan oleh ESCAPE Travel Tech Sdn Bhd. Dengan pelantikan Datuk Dr. Zahirita sebagai Duta GILMS, lebih ramai bakat Malaysia dijangka berpeluang menyertai anugerah tahunan ini pada masa hadapan, sekali gus mengangkat nama negara di persada global.

Comments

Popular posts from this blog

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA